Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih belum memutuskan mengenai hala tujunya, selepas hampir pasti tidak akan beraksi pada saingan Kelas Perdana itu musim depan.
Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu menjelaskan sehingga kini beliau tidak dihubungi ataupun berhubung dengan mana-mana pasukan sebagai menghormati kontrak bersama pasukannya.
"Saya hanya fokus dengan pasukan saya...saya masih ada kontrak bersama KTM dan saya belum putuskan ke mana saya akan pergi dan tak ada berhubung dengan mana-mana pasukan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Grand Prix Malaysia 2019 di sini, pada Selasa.
Bekas pelumba Monster Yamaha Tech 3 berusia 25 tahun itu mengakui fokus utamanya adalah menampilkan aksi terbaik dalam menamatkan baki saingan perlumbaan musim ini.
Hafizh, bagaimanapun mengakui perlumbaan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), November ini bakal jadi satu perlumbaan yang sukar buatnya, namun tetap berazam menceriakan penyokongnya terutama rakyat Malaysia.
"Harapan saya di Sepang bersama jentera KTM saya cuba buat yang terbaik, saya tak berani nak janji sebab keadaan jentera yang bagi saya agak kurang memuaskan.
"Saya perlu bekerja keras sebelum sampai perlumbaan GP Malaysia dan saya harap kalau boleh dapat meraih mata pada perlumbaan itu nanti," tambah beliau.
Bercakap mengenai motivasinya selepas pelumba dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi beliau meskipun musim belum tamat, Hafizh berkata semangatnya kekal membara dan ingin menikmati baki perlumbaan musim ini.
"Buat masa sekarang motivasi saya masih tinggi, saya masih bersemangat untuk berlumba dan saya masih bersemangat nak berikan terbaik untuk semua. Saya mahu berikan yang terbaik kepada pasukan sebelum saya berangkat ke tempat lain," tambah beliau.
Untuk rekod, Hafizh berjaya meraih tiga mata selepas mengharungi sembilan perlumbaan dan akan menamatkan baki 10 perlumbaan, dengan GP Malaysia merupakan destinasi kedua terakhir dalam kalendar perlumbaan musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
![Saya nak beri yang terbaik sebelum tinggalkan KTM - Hafizh Saya nak beri yang terbaik sebelum tinggalkan KTM - Hafizh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563288024_MotoGP.jpg)
Hafizh Syahrin ketika ditemu bual wartawan pada Majlis Pelancaran Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2019 di ibu kota, 16 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731113327_HafizhSyahrinAbdul.jpg)
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
![Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713622812_HafizhSyahrinAbdul.jpg)
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
![ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710711024_HafizhSyahrin.jpg)
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
![TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700092674_JDTRACINGTEAM.jpg)
TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
![Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637073873_HafizhSyahrin.jpg)
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
![Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696818532_JOHOR.jpg)
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
![JDT Racing Team barakan dunia permotoran JDT Racing Team barakan dunia permotoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696808565_TBJDT.jpg)
JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.
![WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16 WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677970740_MTERACING.jpg)
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
![Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671314590_HafizhSyahrin.jpg)
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
![WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649721067_TBHafizhsyahrin.jpg)
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.