ANDRES Iniesta tidak dapat mengawal perasaannya ketika dia menyampaikan ucapan perpisahan di Camp Nou selepas bermain buat kali terakhir bersama Barcelona.
Juara LaLiga, Barca, menamatkan musim mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad tetapi semuanya tertumpu kepada Iniesta, awal pagi tadi.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu, yang dilaporkan akan berhijrah ke Jepun, menutup tirai kariernya di Barcelona pada minit ke-81 ketika dia meninggalkan padang untuk menerima tepukan hormat dan menyerahkan lilitan kapten kepada Lionel Messi.
Selepas perlawanan itu, juara LaLiga sembilan kali dan pemenang empat kali Liga Juara-Juara Eropah, Iniesta, menyuarakan tentang peminat.
"Hari ini adalah hari yang sukar tetapi ia menjadi 22 tahun yang luar biasa. Ia satu kebanggaan dan kegembiraan dapat mempertahankan dan mewakili lencana ini.
"Bagi saya, ia adalah pasukan terbaik di dunia," kata Iniesta yang membuat kemunculan sulungnya pada 2002.
"Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya. Saya akan merindui kamu semua. Terima kasih kepada peminat kerana kecintaan kamu dan segala yang kamu lakukan.
"Kamu membuatkan saya rasa sejak tiba di sini sebagai seorang budak, saya keluar sebagai seorang lelaki. Saya akan simpan kamu di hati saya selama-lamanya."
Astro Arena
Mon May 21 2018

Iniesta (kiri) menerima trofi LaLiga Santander dari Presiden Persekutuan Sepak Bola Sepanyol (RFEF) Luis Rubiales. - Foto Astro ARENA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Iniesta paling setara dengan Messi - Enrique
Messi diktiraf umum sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Ia bukanlah perpisahan yang saya impikan - Iniesta
Andres Iniesta sahkan persaraannya dari khidmat bersama skuad kebangsaan Sepanyol di pentas antarabangsa.

Aspas dan VAR selamatkan maruah Sepanyol (Sepanyol 2-2 Maghribi)
Maghribi hampir meraih kemenangan ke atas Sepanyol namun Iago Aspas menjaringkan gol kemenangan yang disahkan menggunakan VAR.

Iniesta ucap selamat tinggal
Andres Iniesta mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona awal pagi tadi sekali gus mengakhiri karier 22 tahun bersama kelab itu.

Saya datang sebagai budak, pergi sebagai lelaki - Iniesta
Juara LaLiga, Barca, menamatkan musim mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad tetapi semuanya tertumpu kepada Iniesta, awal pagi tadi.

Iniesta akan diingati untuk tempoh lama, kata Valverde
Dengan gelaran LaLiga yang sudah disahkan, tumpuan terarah kepada Iniesta apabila Camp Nou memberi penghormatan penuh beremosi kepada salah seorang pemain terbaik mereka.

Christensen calon kapten The Blues, kata Conte
Pemain antarabangsa Denmark itu dipersalahkan atas gol penyamaan Lionel Messi di Stamford Bridge, awal pagi Rabu lalu selepas hantarannya dipintas Andres Iniesta.

Neymar malu tegur Messi
Pemain Brazil, Neymar, mendedahkan dia malu untuk menegur Lionel Messi dan terasa seperti berada dalam permainan video apabila mula menjejakkan kaki di Barcelona pada tahun 2013.

Enrique gelisah tiga pemain Barca jatuh sakit
Barcelona terpaksa menghadapi pusingan kedua suku akhir tanpa kelibat tiga pemain utama, berdepan Athletic Bilbao nanti.

Kami tidak akan lupa kekalahan ini - Iniesta
Dendam di final 2010 bagaikan dilunaskan dengan geramnya apabila Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 dalam aksi pembukaan kumpulan B, Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.