KUALA LUMPUR: Sasaran tiga pingat termasuk sebutir emas oleh kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan satu langkah berani tetapi tidak mustahil dicapai.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata persediaan barisan atlet negara yang terjejas sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang membataskan penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa menjadikan sasaran itu satu cabaran yang besar.
Bagaimanapun, Zolkples tidak menafikan kemampuan atlet negara kerana terdapat dalam kalangan atlet yang berupaya menggapai kejayaan bersejarah di Tokyo sekali gus membawa keceriaan kepada rakyat Malaysia di sebalik kemuraman akibat pandemik COVID-19.
"Saya ucapkan tahniah kepada menteri di atas pengumuman sasaran yang saya anggap satu langkah yang berani tetapi ia mampu dicapai. Lagi pun kita tidak boleh lari kerana kita nak tengok kontinjen negara memperbaiki pencapaian lalu.
"Perdana Menteri pun turut mengharapkan kontinjen negara untuk membawa pulang pingat emas pertama negara di Tokyo. Walaupun kita hanya raih satu pingat emas tanpa dapat pingat lain pun ia sudah dikira pencapaian terbaik," katanya kepada Bernama.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengumumkan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo diletakkan sasaran untuk meraih tiga pingat dengan satu daripadanya emas sementara sukan badminton, berbasikal trek dan terjun menjadi sandaran utama dalam misi itu.
Pada masa sama, bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi menganggap jumlah sasaran itu adalah realisitik berdasarkan tahap prestasi semasa barisan atlet negara menjelang temasya berprestij yang dijadual bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Beliau yang juga ahli kehormat MOM berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi ketiga-tiga sukan itu memandangkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Pandelela Rinong Pamg pernah menghadiahkan pingat buat negara pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Mohd Azizulhasni meraih gangsa dalam acara keirin lelaki dan Pandelela yang beraksi bagi acara 10 meter (m) platform seirama wanita bersama gandingannya, Cheong Jun Hoong merangkul perak.
Sieh pada masa sama mengingatkan para atlet supaya tidak gementar dalam membawa cabaran negara selain perlu mempunyai keyakinan tinggi untuk mengatasi lawan mereka di temasya berkenaan.
Sementara itu, legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek merasakan Mohd Azizulhasni mempunyai peluang lebih cerah berbanding atlet lain untuk menjadi individu yang menamatkan penantian pingat emas pertama negara di pentas Olimpik.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 turut berpendapat bahawa kem badminton negara terutamanya juara All England 2021 Lee Zii Jia dan beregu lelaki yang juga juara Sukan SEA 2019 di Manila, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu melakar kejutan di Tokyo.
"Ketiga-tiga pemain ini merupakan 'underdog' (bukan pilihan) pada temasya kali ini, jadi tekanan pastinya sedikit kurang dan seterusnya mampu membuat kejutan dengan menewaskan pemain ternama di Olimpik Tokyo," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang ditugaskan untuk menguruskan kontinjen negara di Tokyo menyifatkan atlet yang berjaya meraih pingat emas pertama negara bukan sahaja akan dianggap sebagai wira sukan, malah boleh dianggap sebagai wira negara.
"Cuma dalam keadaan pandemik COVID-19 yang kurangnya kejohanan ditambah dengan norma baharu untuk mendapatkan pingat emas bukan sesuatu yang mudah walaupun ini menjadi harapan negara," katanya.
Pada edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, tiada sebarang sasaran spesifik diletakkan buat kontinjen negara namun Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa.
Pada temasya Olimpik kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Zolkples tidak menafikan kemampuan atlet negara kerana terdapat dalam kalangan atlet yang berupaya menggapai kejayaan bersejarah di Tokyo. - Gambar fail Bernama

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.

PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.

Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."