KUALA TERENGGANU: Pemain pertahanan import dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov menjadi sandaran terbaru pasukan Terengganu FC (TFC) untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh, berkata pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kelahiran Senegal, Pape Diakite, yang tidak disambung kontrak.
Beliau berkata pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain berketinggian 1.85 meter itu pastinya mampu memperkuat benteng pertahanan TFC yang akan berdepan lebih banyak jumlah perlawanan di Liga-M dan juga saingan AFC.
"Kulmatov sebelum ini beraksi bersama Sogdiana FC di liga tertinggi di Uzbekistan. Ini adalah kali pertama beliau beraksi luar dari negaranya dengan menyertai TFC di Liga M.
"Bagaimanapun, beliau mempunyai pengalaman yang baik di pentas Asia dengan membantu pasukan mara ke peringkat separuh akhir musim lepas," katanya dalam kenyataan, semalam.
Ab Rasid berkata Kulmatov sudah berada di Terengganu dan akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan di bawah bimbingan Penolong Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali, yang sebelum ini mengemudi pasukan 'adik', Terengganu FC ll (TFC ll) petang semalam.
Menurut beliau pemain tersebut amat teruja untuk memulakan musim baharu bersama TFC yang disifatkan sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia dan memiliki jumlah penyokong yang ramai.
"Ketua jurulatih, Tomi (Tomislav Steinbruckner) akan tiba di Terengganu, Rabu ini. Untuk sementara waktu, latihan akan dikendalikan oleh penolong beliau, Badrul Afzan yang baru sahaja dinaikkan pangkat daripada pasukan 'adik' ke pasukan 'abang' bagi musim 2023," katanya.
TFC sebelum ini membawa masuk pemain sayap import dari Haiti, Sony Norde dan penyerang Thailand, Adisan Kraisorn selain mengekalkan khidmat pemain tengah, kelahiran Bahrain, Habib Haroon, bagi membentuk skuad Penyu 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Menurut Ab Rasid, Kulmatov (gambar) amat teruja untuk memulakan musim baharu bersama TFC yang disifatkan sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia dan memiliki jumlah penyokong yang ramai. - Facebook Terengganu FC
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Sardor Kulmatov sandaran import terbaru TFC
Pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pape Diakite, yang tidak disambung kontrak.