ALOR SETAR:Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada 25 September lalu.
Peletakan jawatan itu, kata beliau, berkuat kuasa 15 Oktober ini.
Menurut beliau, tempoh masa sehingga tarikh berkenaan akan digunakan beliau bagi berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut kewangan yang dihadapi persatuan berkenaan termasuk tunggakan gaji yang dianggarkan berjumlah RM14 juta.
Tambahnya, keputusan sama ada peletakan jawatannya diterima atau tidak akan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA.
Beliau juga akan tetap menghantar surat yang sama sekali lagi seandainya permohonan untuk berundur daripada KFA ditolak dalam mesyuarat berkenaan.
Dalam masa sama, Sanusi menafikan beliau merajuk selepas dikecam ekoran isu perubahan logo dan nama rasmi pasukan.
Sebaliknya, kata Sanusi, tindakan meletakkan jawatan dibuat bagi memberi peluang kepadanya untuk fokus terhadap isu-isu lain di negeri Kedah.
"Saya sudah hantar surat. Hasrat saya meletak jawatan sebagai Presiden KFA berkuatkuasa 15 Oktober kerana saya letak sasaran akhir untuk selesaikan semua hutang hutang KFA yang lama.
“Dulu saya sebut RM10.6 juta sebenarnya bila korek balik hampir mencecah RM14 juta dan saya telah cari penaja, saya cari rakan-rakan yang sudi untuk membantu KFA selesaikan masalah ini.
"Menjelang 15 Oktober saya sasar semua (masalah) ini dapat diselesaikan dan tugas (Presiden KFA) saya boleh serah kepada orang yang lebih layak"
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
BACA: "Darul Aman FC dipilih sebab tidak mahu jadi ayam goreng" - MB Kedah
Dalam perkembangan sama, Sanusi menjelaskan akan mempertimbangkan segala cadangan dan komen peminat skuad Hijau Kuning berkenaan isu logo dan nama pasukan.
KFA juga, kata beliau, akan menganjurkan pertandingan mencipta logo dalam waktu terdekat.
Khamis lalu, beliau memberi bayangan untuk mengundurkan diri dari memikul jawatan sebagai Presiden KFA.
Kata Sanusi, beliau bercadang untuk menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak yang lebih layak bertujuan bagi memajukan lagi sukan bola sepak khususnya di negeri Jelapang Padi itu.
Abd Hadi Che Awang
Wed Oct 07 2020

Sebelum berundur, Sanusi akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut kewangan berjumlah RM14 juta yang dihadapi KFA. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sanusi letak jawatan Presiden KFA berkuat kuasa 15 Oktober
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah pada 25 September lalu.