Mohamed Salah dijangka tersinggir di antara tiga dan empat minggu selepas bahunya terkehel akibat direntap jatuh oleh Sergio Ramos, menurut fisioterapi Liverpool, Ruben Pons.
Ramai yang meletakkan harapan kepada prestasi Salah ketika Liverpool beraksi dalam final Liga Juara-Juara Eropah, tetapi bintang Mesir itu dipaksa keluar selepas hanya 30 minit ketika tewas 3-1 kepada Real Madrid di Kiev.
Salah dan Ramos bergelut untuk mendapatkan bola, sebelum pemain antarabangsa Sepanyol itu mengunci lengan lawannya untuk dijatuhkan, sekali gus mengakibatkan bahu bintang Reds itu terkehel.
Dengan penyertaan Piala Dunia Salah menjadi ragu-ragu, Ramos telah mendapat kritikan keras.
Tetapi Pons - yang mengiringi penyerang Liverpool untuk mendapatkan rawatan di Sepanyol - percaya Salah mempunyai peluang untuk bersama Mesir dalam peringkat kumpulan Piala Dunia di Russia, dengan perlawanan pertama mereka adalah menentang Uruguay pada 15 Jun.
"Salah tidak memberitahu saya apa-apa tentang Sergio Ramos," kata Pons kepada Partidazo dalam COPE. "Saya tidak fikir dia marah dengannya. Ini adalah tindakan yang tidak disengajakan.
"Salah lebih optimis, ia bukan satu kecederaan biasa dalam bola sepak, mungkin lebih banyak berlaku kepada penjaga gol. Persekutuan Bolasepak Mesir percaya bahawa dalam tiga atau empat minggu ia akan pulih.
"Kami akan menggandakan sesi pada setiap hari dan kami akan cuba mengurangkan tempoh pemulihan."
Astro Arena
Wed May 30 2018

Salah dan Ramos bergelut untuk mendapatkan bola, sebelum pemain antarabangsa Sepanyol itu mengunci lengan lawannya untuk dijatuhkan, sekali gus mengakibatkan bahu bintang Reds itu terkehel.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.

Salah terpaksa berehat tiga, empat minggu
Ramai yang meletakkan harapan kepada prestasi Salah ketika Liverpool beraksi dalam final Liga Juara-Juara Eropah, tetapi bintang Mesir itu dipaksa keluar selepas hanya 30 minit.