Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
Astro Arena
Tue Nov 12 2024
Lawan yang seakan terkedu melihat keadaan bahu Pakthongchai (kiri) terkehel mula diselubungi rasa bersalah. - Stadium Astro
PETINJU Muay Thai Thailand, Wutichok Srichai mencuri tumpuan warganet selepas klip rakaman berdurasi 17 saat dalam aksi Thai Fight tular menyaksikan dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
Di saat serangan lawan membuatkan aksinya terhenti seketika, petinju yang juga dikenali sebagai Pakthongchai itu mengambil beberapa langkah ke belakang untuk menghampiri tali gelanggang.
Lawan yang seakan terkedu melihat keadaan bahu Pakthongchai terkehel mula diselubungi rasa bersalah.
Bagaimanapun, Pakthongchai dengan tenang meletakkan bahunya di atas tali gelanggang dan tidak sampai 10 saat bahu yang terkehel kembali ke tempat asal, sekali gus bangkit untuk memenangi perlawanan.
Ketenangannya itu mendapat pujian pengulas dan warganet yang mengatakan dia seakan sudah biasa menghadapi situasi tersebut. -- Stadium Astro