Dalam posting itu menjelaskan bahawa penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu: "Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada!".
Sepanjang 20 tahun terlibat dalam kancah bola sepak secara profesional, dia telah mengumpul 76 kaps bersama Harimau Malaya dengan 23 gol dari 2006 hingga 2017.
Safee bersara pada usia 39 tahun 23 hari selepas 20 tahun dalam kancah bola sepak. -- Stadium Astro