PETALING JAYA: Pemain sayap muda sensasi negara Arif Aiman Mohd Hanapi, berpotensi untuk bermain di liga bola sepak Timur Tengah, suatu hari nanti.
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali, secara peribadi berpendapat sekiranya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mahu berkelana ke luar negara, beliau mungkin lebih sesuai bermain di Timur Tengah terlebih dahulu berbanding liga Eropah, memandangkan aksi yang lebih kompetitif dan mencabar di sana.
"Mungkin liga di negara Arab or Emiriah Arab Bersatu (UAE) sesuai untuk Arif Aiman melihat kepada potensi beliau. Bagaimanapun beliau masih muda, banyak lagi perlu diperbaiki dan perjalanan juga masih panjang," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-59, di sini hari ini.
Justeru, Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya, sebelum benar-benar bersedia beraksi di luar negara.
"Bagi dia masa bersama JDT, kalau dia pergi di luar dengan umur 21 atau 22 tahun takut prestasinya tak akan naik, biar dia bermain dalam JDT dahulu, sebab dalam bola sepak ini pemain ada masanya terlampau cepat naik dan cepat turun," katanya.
Nama Arif Aiman meniti di bibir peminat bola sepak tempatan, selepas mencipta hatrik ketika membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Selangor FC 4-0, pada aksi separuh akhir Piala FA, Isnin lepas.
Ia merupakan hatrik kedua pemain itu dalam tempoh enam hari, selepas meledak empat gol ketika membantu Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0, pada aksi persahabatan antarabangsa di Terengganu, baru-baru ini.
Hatrik yang dicipta Arif Aiman ketika menentang 'Gergasi Merah' menyaksikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu, mengumpul keseluruhan 14 gol musim ini - lima dalam Liga Super, empat (Piala FA) dan lima gol bersama bersama Harimau Malaya.
Tahap kemajuan dan kematangan yang dicapai Arif Aiman ketika ini amat mengagumkan, sehingga beberapa bekas jurulatih dan pengendali pasukan menyifatkan beliau sebagai pemain terbaik Asia dalam pembikinan.
Sementara itu, Safee mengakui jaringan cantik oleh Muhammad Safawi Rasid yang menyempurnakan sepakan separuh voli ketika menjaringkan gol ketiga Malaysia, sewaktu menang 4-1 ke atas Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan bulan lepas layak diangkat sebagai calon Anugerah Puskas FIFA (Persekutuan Bolasepak Dunia).
FIFA menerusi akaun Twitter hari ini menyenaraikan beberapa calon pada bulan Jun yang mungkin boleh menjadi pencabar untuk Anugerah Puskas FIFA, termasuk jaringan Muhammad Safawi.
Sebelum ini, Mohd Faiz Subri mencipta sensasi apabila muncul pemain bola sepak pertama negara dan juga Asia memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016, selepas menghasilkan gol tendangan percumanya yang dikatakan menentang hukum fizik ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super pada Februari 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

Safee secara peribadi berpendapat, sekiranya Arif Aiman mahu berkelana ke luar negara, beliau mungkin lebih sesuai bermain di Timur Tengah terlebih dahulu berbanding liga Eropah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Seteru utama Selangor dalam ACL2, Jeonbuk mahu tandatangani Arif Aiman
Gergasi terkemuka Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dilaporkan memantau perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi.

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.

IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.

ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.

TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.