KUALA LUMPUR: Rombakan dalam barisan kejurulatihan perlu dilakukan dalam usaha membantu pemain perseorangan negara dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meningkat pada kejohanan-kejohanan akan datang.
Disebabkan prestasi pemain perseorangan negara yang kurang memberangsangkan sejak beberapa bulan lepas, bekas pemain perseorangan negara Ong Ewe Hock secara terbuka telah memberikan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan mereka.
"Dari segi kejurulatihan kena cari jurulatih yang boleh berikan peningkatan, bukan duduk sana tak boleh bantu tingkatkan prestasi.
"Sebagai contoh, jika anda melatih pemain elit, anda perlu pastikan mereka meningkat dalam satu atau dua tahun yang akan datang dan bukannya lima hingga tujuh tahun, kerana ia adalah tempoh untuk membentuk pemain. Saya berharap BAM akan berikan perhatian kepada perkara ini," katanya ketika ditemui di pelancaran Piala Cabaran Fusionex Usahawan Muda SME di sini hari ini.
Pemain ke-48 dunia Ng Tze Yong, kini merupakan pemain utama dalam BAM, selepas pemain nombor satu Malaysia Lee Zii Jia meninggalkan badan itu bagi menjadi pemain profesional Januari lepas.
Pada ketika tindakan Zii Jia menjadi pemain persendirian mula menampakkan hasil termasuk memenangi dua gelaran berturut-turut di Kejohanan Badminton Asia 2022 dan Terbuka Thailand baru-baru ini, pemain kebangsaan termasuk Tze Yong dan Leong Jun Hao masih bergelut untuk memberikan permainan terbaik mereka.
Bukan sahaja barisan kejurulatihan, Ewe Hock, 50, turut menyarankan agar perlunya perubahan dalam pengurusan BAM bagi perubahan ke arah yang lebih baik dalam sukan itu.
Sementara itu pemenang pingat perak Sukan Komanwel 1994 itu merasakan bahawa pemain beregu negara pada masa ini agak baik dan berharap kesemua mereka akan memberikan cabaran terbaik pada Terbuka Malaysia yang dijanka akan berlansung dari 25 hingga 30 Jun.
Seorang lagi bekas pemain badminton negara Datuk Foo Kok Keong yang juga ada pada majlis itu berharap para jurulatih dapat meningkatkan tahap pada sesi latihan dalam usaha memastikan pemain negara menjadi lebih kuat dan meningkatkan ketahanan mereka ketika di gelanggang.
Piala Cabaran Fuzionex Usahawan Muda SME 2022 yang dianjurkan SME Malaysia akan menampilkan 16 pasukan dari seluruh negara bagi merebut gelaran serta hadiah wang tunai RM3,000.
Kejohanan tahunan itu akan dimainkan dalam format tiga terbaik - satu beregu campuran dan dua beregu lelaki - akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun di Kelab Badminton Serdang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Ong Ewe Hock secara terbuka telah memberikan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan prestasi pemain perseorangan negara. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jacky ingin nikmati baki aksi sebagai pemain BAM
Jacky menghargai barisan kejurulatihan dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi sepanjang bersama BAM sejak 2015.
Putin rombak Majlis Keselamatan Rusia
Majlis Keselamatan Rusia merupakan badan penasihat perlembagaan yang membantu presiden dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan negara.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Enam pegawai tertinggi Ukraine letak jawatan
Situasi itu menandakan rombakan besar-besaran sedang berlaku dalam barisan pentadbiran kerajaan.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.
Lima JBPM negeri terima Pengarah baharu mulai esok
Lima buah negeri akan menerima Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baharu, mulai esok.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.