IPOH: Lima buah negeri akan menerima Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baharu, mulai esok.
Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, lima negeri itu ialah Perak, Kedah, Selangor, Johor dan Putrajaya.
Menurutnya, rombakan itu berikutan persaraan dan kenaikan pangkat pegawai kanan jabatan berkenaan.
“Ini adalah lima bertukaran utama yang kita buat mulai daripada esok berikutan kepada persaraan dan juga proses kenaikan pangkat,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Perbarisan Penghargaan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman dan serah menyerah tugas di ibu pejabat JBPM Perak di Meru, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Azmi yang bersara wajib selepas 26 tahun berkhidmat, menyerahkan tugas kepada Sayani Saidon yang sebelum ini merupakan pengarah JBPM Kedah.
Azmi berkata, selepas bersara, beliau berhasrat untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat, khususnya dalam bidang kebombaan.
“Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pengamal media di Perak ini yang sentiasa memberi komitmen tinggi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan,” ujarnya.
Sayani pula berkata, pertukarannya ke Perak umpama sirih pulang ke gagang kerana beliau pernah berkhidmat di negeri ini sebagai Timbalan Pengarah JBPM.
“Saya akan meneruskan perkara-perkara baik yang telah dibuat pengarah sebelum ini, di samping melihat aspek-aspek lain yang mungkin boleh ditambah baik,” katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 01 2023

Nor Hisham ditemui semasa Majlis Perbarisan Penghargaan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman dan serah menyerah tugas di ibu pejabat JBPM Perak di Meru, di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mahu wujudkan rakyat yang boleh selamatkan nyawa - KP Bomba
Ketua JBPM baharu berkata, mereka yang mempunyai pengetahuan ini boleh membantu orang yang menghadapi kecemasan serta memendekkan waktu tindak balas Bomba.