PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri telah menyenaraikan keperluan buat dirinya bagi menggalas cabaran negara memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi projek Road To Gold (RTG) penerjun berusia 24 tahun berharap dapat memperoleh sistem sokongan yang berkesan dan bersistematik bagi meningkat prestasi seterusnya mampu mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan.
“Saya juga sudah berbincang dengan Datuk Pandelela (Rinong) dan senaraikan bentuk sokongan dan bantuan yang kami perlukan.
“Namun saya tidak boleh beritahu semua keperluan itu, sebab belum berjumpa dengan RTG (jawatankuasa),” katanya kepada Sukan Sinar ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu dan Pandelela disenaraikan bersama 11 pemain badminton dan dua pelumba negara sebagai atlet dalam projek RTG baru-baru ini.
Dhabitah memberitahu, keperluan buat dirinya secara umum melibatkan sokongan fisioterapi, perubatan dan kumpulan staf yang boleh bantu tingkatkan prestasinya.
Katanya, teknik biomekanik dan kelengkapan video juga penting buat dia dan Pandelela dalam usaha mereka membaiki segala kelemahan dalam terjunan.
“Keperluan itu untuk bantu tingkatkan prestasi dan buat lebih baik pada hari pertandingan. Rakaman video boleh bantu ketika sesi latihan dan baiki kelemahan. Fisioterapi juga penting,” katanya.
Di sebalik peluang disenaraikan dalam projek tersebut, Dhabitah meluahkan rasa syukur dengan peluang serta kepercayaan yang diberikan dan tekad memberikan yang terbaik.
“Alhamdulillah. Pada mulanya saya sangka nama tak naik, namun syukur ada nama saya dan Pandelela. Saya sebenarnya harap ramai lagi nama atlet terjun boleh naik (disenarai), tapi lebih baik daripada tiada langsung,” katanya.
Menyentuh mengenai permintaan untuk menyertai lebih banyak kejohanan Dhabitah memberitahu, ia bergantung kepada proses pemulihan yang mereka lalui selepas menyertai sesuatu kejohanan.
Tambahnya, skuad terjun akan pergi ke Kanada sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Dunia bulan depan.
“Kena fikir hal itu (recover), tak boleh suka-suka hati nak sertai kejohanan macam itu sahaja,” katanya.
Menurut Dhabitah daripada aspek psikologi, dia bersama rakan skuad terjun sudah saling memahami dan membantu antara satu sama lain.
“Tekanan memang ada sebab orang sentiasa tengok (prestasi). Jadi saya kena tunjuk yang terbaik,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023
![Road To Gold: Hajat Dhabitah Road To Gold: Hajat Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681603114_NurDhabitahSabri.jpg)
Nur Dhabitah berkata, keperluan buat dirinya secara umum melibatkan sokongan fisioterapi, perubatan dan kumpulan staf yang boleh membantu meningkatkan prestasinya. - Foto Facebook Nur Dhabitah Sabri
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723548358_TBParis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.
![Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723349011_NurDhabitahSabri.jpg)
Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
![Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723281724_TBParis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w
!['Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah 'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723243632_NurDhabitahSabri.jpg)
'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.
![Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723241047_pusatmedia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.
![Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12 Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723212614_TBDHABITAH.jpg)
Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.
![Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723155858_NurDhabitahSabri.jpg)
Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.
![Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723106877_TBParis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
![Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak' Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723093532_TBDhabitah.jpg)
Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).
![Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024 Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723073438_MenaraEiffel.jpg)
Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.