KUANTAN: Sebanyak RM2.35 juta diperuntuk bagi menaik taraf Stadium Darul Makmur di sini yang meliputi fasiliti dan persekitarannya pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata peruntukan itu juga akan digunakan bagi mengadakan sambutan jubli emas stadium berkenaan, yang terletak di pusat bandar di sini, pada 2023.
"Buku dengan kandungan sejarah dan transformasi stadium perlu disediakan dan dilancar sempena sambutan jubli emas.
"Ini bertujuan supaya peristiwa bersejarah sejak Stadium Darul Makmur mula dibangunkan akan terus diingati terutama oleh generasi muda," katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan Pahang 2023 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berhasrat mengaktifkan semula sukan ekuestrian menerusi peruntukan RM1.5 juta melalui Majlis Sukan Pahang untuk membaik pulih Kompleks Ekuestrian di Tanjung Lumpur di sini dan penganjuran sukan itu di peringkat kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff pula berkata pembinaan sejumlah 242 menara komunikasi di bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) dijangka siap secara berperingkat sehingga pertengahan tahun depan.
Beliau berkata projek menaik taraf 902 stesen pemancar sedia ada di negeri itu ke rangkaian 4G telah selesai manakala penaiktarafan rangkaian jalur lebar tetap bagi 88,144 premis sudah selesai setakat ini dan kerja-kerja di sejumlah 30,116 premis sedang dilaksana.
Katanya kesemua 69 kampung Orang Asli di Pahang juga telah selesai dipasang Internet jalur lebar teknologi satelit pada April lepas.
Mohammad Fakhruddin berkata kerajaan negeri turut membiayai projek perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satelit di 50 kawasan kampung dan pedalaman dikenali sebagai Pahang Rural Internet Services and Multimedia Access (PRISMA PAHANG) bernilai RM3 juta yang akan memberikan perkhidmatan secara percuma untuk tempoh 12 bulan bermula bulan ini.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
![RM2.35 juta untuk naik taraf Stadium Darul Makmur RM2.35 juta untuk naik taraf Stadium Darul Makmur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665569576_STADIUMDARULMAKMUR.jpg)
Peruntukan itu juga akan digunakan bagi mengadakan sambutan jubli emas stadium berkenaan, pada 2023. - Foto: Facebook HarimauMalaya
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025 Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732888877_FadzliMohamadKama.jpg)
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
![Kerja ganti rumput Stadium Darul Makmur bermula pertengahan Ogos Kerja ganti rumput Stadium Darul Makmur bermula pertengahan Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303689_rumputstadium.jpg)
Kerja ganti rumput Stadium Darul Makmur bermula pertengahan Ogos
Menurut Fadzli, rumput jenis Bermuda lebih baik berbanding rumput 'cow grass', lebih bersih dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
![Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699478912_SriPahangFC.jpg)
Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Super 2023.
![Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693546154_FadzliKamal.jpg)
Stadium Darul Makmur bakal berwajah baharu, ceria
Proses naik taraf melibatkan kerja-kerja mengecat bangunan luar SDM dan membaik pulih tandas di stadium melibatkan kos RM1.3 juta.
![Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627274933_MelakaUnitedFCGar.jpg)
Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC
Kecergasan skuad Sri Pahang tidak berada pada tahap sebenar dan ia jelas terlihat pada aksi menentang Melaka United.
![Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521350929_WargaEmasRebah.jpg)
Warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menonton Pahang lawan Kedah
Seorang lelaki warga emas tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah, malam tadi.
![JDT juara, Pahang naib juara Liga Super 2017 JDT juara, Pahang naib juara Liga Super 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81509207124_LigaSuper.jpg)
JDT juara, Pahang naib juara Liga Super 2017
Pahang mengesahkan kedudukan mereka selaku naib juara Liga Super musim ini walaupun seri 1-1 menentang Perak pada aksi terakhir liga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
![Pahang bawa bekalan selesa menewaskan Perak 3-1 Pahang bawa bekalan selesa menewaskan Perak 3-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505612776_Bola.jpg)
Pahang bawa bekalan selesa menewaskan Perak 3-1
Pahang membawa bekalan selesa ke gelanggang lawan selepas menundukkan Perak 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.
![Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449115682_JurulatihBolaSepak.jpg)
Zainal optimis Pahang mampu tumbangkan Selangor
Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan optimis anak buahnya berupaya untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan setelah hanya mencatat keputusan seri malam tadi.
![Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61414673972_295x200.jpg)
Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket
Penyokong Pahang sanggup tidur di hadapan kaunter untuk dapatkan tiket.