Pahang mengesahkan kedudukan mereka selaku naib juara Liga Super musim ini walaupun seri 1-1 menentang Perak pada aksi terakhir liga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
Keputusan berkenaan menyaksikan skuad Tok Gajah mengutip 42 mata berbanding pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengutip 49 mata.
Untuk rekod, JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim keempat berturut-turut lebih awal pada aksi ke-19 liga, 5 Ogos lepas.
Pada aksi di Kuantan, Pahang berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan pembukaan D. Christie Jayaseelan pada minit ke-23 sebelum Mohamad Nasir Basharudin menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-78.
JDT pula mencatat keputusan seri menentang Kedah pada aksi 'praperlawanan akhir Piala Malaysia' di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Kedua-dua pasukan bakal berentap sekali lagi pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 Nov ini.
Felda United pula menamatkan saingan di tempat ketiga setelah mengatasi PKNS FC 4-2 di Stadium Shah Alam,
Pemain import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes muncul wira skuad 'The Fighters' apabila melakar jaringan hatrik pada minit ke-50, minit ke-73 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan serta gol daripada Zah Rahan Krangar pada penghujung babak perlawanan.
Dua gol pasukan PKNS FC disumbangkan oleh Shahrul Azhar Ture pada minit ke-23 dan Abdou Jammeh pada minit ke-90.
Turut meraih tiga mata adalah Selangor yang mengalahkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Tiga gol skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh Andik Vermansah pada minit ke-25, Rufino Segovia Del Burgo pada minit ke-50 dan minit ke-61 manakala pasukan tuan rumah berjaya meraih gol saguhati menerusi Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew pada minit ke-48.
Dalam pada itu, Kelantan terselamat daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana, musim depan setelah menang selesa 3-1 ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pasukan tuan rumah, bagaimanapun, mendahului perlawanan menerusi jaringan pembukaan Nicholas Ryan Swirad pada minit ke-30 sebelum Kelantan bangkit meraih tiga gol hasil jaringan Abou Bakr Al Mel pada minit ke-74 dan dua gol daripada Alessandro Padovani Celin pada minit ke-81 dan minit ke-87.
Sarawak pula sah mengiringi Pulau Pinang ke saingan Liga Perdana, musim depan setelah seri tanpa jaringan dengan T-Team di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2017

Pemain Perak D Kenny Palljar (dua, kanan) cuba melepasi pertahanan Pahang Jaewon Heo (kanan) dalam perlawanan terakhir Liga Super 2017 malam ini. Keputusan penuh Pahang 1-1 Perak. -- Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

ACLE: Pohang Steelers tidak gentar 'lautan merah-biru' banjiri SSI
Arkitek Pohang, Han Chan-hee, menjelaskan rakan sepasukannya dalam keadaan bersedia sepenuhnya bagi berhadapan kegamatannya lebih daripada 30,000 penyokong JDT esok.

ACLE: JDT hidangkan kesebelasan terbaik hadapi Pohang Steelers
Pertahanan JDT, Matthew Davies, melaungkan amaran bahawa Pohang Steelers bakal berdepan skuad yang berbeza berbanding pertemuan terakhir mereka pada 2021.

Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.