KUANTAN: Kecergasan skuad Sri Pahang tidak berada pada tahap sebenar dan ia jelas terlihat pada aksi menentang Melaka United yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.
Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh juga mengakui bahawa Sri Pahang memiliki beberapa peluang untuk mencipta kemenangan tetapi gagal memanfaatkannya dengan baik.
Beliau yang agak terkilan dengan keputusan itu berkata skuad Tok Gajah amat memerlukan tiga mata berharga dalam usaha membaiki kedudukan dalam Liga Super.
"Apa yang saya jangkakan berlaku iaitu kita masih kurang cergas kerana tidak dapat mengadakan sebarang perlawanan persahabatan sepanjang tempoh berehat baru-baru ini," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.
Pada perlawanan itu, penyerang import dari Argentina Manuel Federico Hidalgo menjaringkan gol tunggal Tok Gajah pada minit pertama manakala gol Melaka United dihasilkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-87.
Namun, jurulatih berusia 57 tahun itu bersyukur kerana tonggak serangan Tok Gajah Abdul Malik Mat Arif mampu menyinar dengan banyak melakukan gerakan solo bagi memporak-perandakan barisan pertahanan lawan.
Katanya gandingan hadapan antara Malik dan Manuel Federico Hidalgo dlihat serasi dalam mampu menghasilkan serangan yang berbisa.
Sementara itu, pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata keputusan seri itu agak melegakan kerana menyedari Sri Pahang merupakan sebuah pasukan gergasi dengan memiliki pemain yang hebat.
Zainal Abidin berkata skuad Melaka cuai seawal minit pertama dan mungkin tidak dibolosi jika tidak alpa.
"Kita tidak boleh selesa dengan keputusan ini kerana sasaran kita ialah untuk keluar daripada zon merah dalam carta liga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh juga mengakui bahawa Sri Pahang memiliki beberapa peluang untuk mencipta kemenangan tetapi gagal memanfaatkannya dengan baik. - Foto BERNAMA
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Ekonomi global berdepan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan AS - Ketua IMF
Terdapat minat yang mendalam terhadap dasar pentadbiran AS, khususnya mengenai tarif, cukai, pembatalan kawal selia dan kecekapan kerajaan.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan
Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor PA Media/dpa.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.
Bekas pemain Kanada, Rob Friend dilantik selaku CEO pertama Harimau Malaya
Rob Friend telah melakukan 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 ketika berusia 22 tahun sehingga 2011 ketika beliau berusia 30 tahun.
'Tiba masa wujudkan CEO FAM'
Afizal menyifatkan kewujudan posisi itu kelak akan merancakkan lagi proses pembaharuan ekosistem bola sepak negara secara keseluruhan.
'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.