Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM1.5 juta sebagai insentif kepada para atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata insentif itu sebagai penghargaan dan motivasi untuk para atlet berkenaan mengekalkan kejayaan yang telah dimenangi.
"Saya berharap para atlet ini akan membawa pulang lebih banyak kejayaan bukan setakat untuk negeri Perak malah kalau boleh di peringkat negara.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu para atlet ini dalam mengharumkan nama negeri dalam kejohanan yang disertai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Negeri Perak 2018 di sini pada Jumaat.
Terdahulu, insentif berkenaan disampaikan kepada para atlet negeri yang berjaya menggondol pingat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma), Para Sukma, Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) yang berlangsung di Perak baru-baru ini.
Selain itu, insentif tersebut juga diberikan kepada skuad bola sepak negeri, The Bos Gaurus yang muncul juara dalam Piala Malaysia 2018 selain kejayaan pasukan hoki menjuarai Piala Razak 2018.
Ahmad Faizal berkata, beliau juga melahirkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Howard Lee Chuan How kerana berjaya melancarkan penganjuran beberapa temasya sukan di Perak meskipun berdepan sedikit cabaran.
Sementara itu, Lee berkata kejayaan menganjurkan beberapa temasya sukan mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai destinasi penganjuran sukan sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.
Katanya, perkara itu juga dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan ekonomi negeri.
"Tak kisah sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa, penganjuran sukan mampu menjana ekonomi negeri jika ia dilakukan dengan perancangan yang baik," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018

AHMAD FAIZAL: Saya berharap para atlet ini akan membawa pulang lebih banyak kejayaan bukan setakat untuk negeri Perak malah kalau boleh di peringkat negara. - BERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.