Seramai 15,000 peserta tidak melepaskan peluang menyertai larian buih Great Eastern Bubble Dash Run 2016 yang diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Kesemua peserta dilepaskan pada jam 7:30 pagi oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin Abdul Rahman yang diiringi Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Koh Yaw Hui dan Presiden Yayasan Jantung Malaysia Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff.
Acara ini juga berjaya meraih RM152, 220 bagi disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.
Menurut Datuk Koh Yaw Hui, acara larian yang sudah memasuki tahun kelima itu secara langsung mempromosikan aktiviti kesihatan yang mengujakan dan lain dari yang lain.
“Tahun ini kita menukar aktiviti kepada larian buih berbanding tahun lepas iaitu larian tepung berwarna kerana kita mahukan lebih keseronokan dalam melakukan aktiviti sihat.
“Dalam masa yang sama ia merupakan salah satu cara untuk kita mencapai penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat, kerjaya dan usia,” katanya.
Tambah beliau, melalui acara ini, Great Eastern Life Children Care turut menyumbang 500 pasang kasut kepada kanak-kanak tidak bernasib baik dari 43 rumah kebajikan di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak ini.
Acara ini menampilkan tiga kategori iaitu 5km Fun Run, 12km dan 21km LIVE GREAT Run.
Azyyati Ahmad
Sun Oct 23 2016
Acara ini juga berjaya meraih RM152, 220 bagi disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. - fotoBernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Ribuan sertai larian buih Great Eastern di Dataran Merdeka
Seramai 15,000 peserta tidak melepaskan peluang menyertai larian buih Great Eastern Bubble Dash Run 2016 yang diadakan di Dataran Merdeka.