REPUTASI Malaysia dalam peta bola sepak dunia semakin tercalar gara-gara tindakan biadap penyokong sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Perlawanan di antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 terpaksa dihentikan ketika pelawat mendahului perlawanan 2-1.
Semuanya bermula apabila kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya mula membakar suar, bom asap, mercun, merosakkan kerusi dan membalingnya ke dalam padang pada minit ke-84.
Sebelum itu, kehadiran Ultras Malaya dikesan mula berkumpul pada minit ke-40.
Situasi ini memaksa pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man menghentikan seketika perlawanan pada minit ke-88.
Keadaan penyokong di bahagian curva semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan.
Disebabkan itu pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan masuk berlindung di dalam bilik persalinan.
Namun situasi masih belum reda dan mercun pula ditembak ke arah lebih 1,000 penyokong Arab Saudi yang kebanyakannya membawa kanak-kanak. Tidak lama kemudian mereka diarah keluar dari stadium.
Difahamkan, seramai 530 anggota keselamatan ditugaskan malam tadi.
Ketika Ong Kim Swee menjadi pemangku jurulatih pada Mac 2014, kejadian serupa turut tercetus di Stadium Majlis Perbandaran Selayang ketika melibatkan perlawanan Harimau Malaya dengan Filipina.
Setakat jam 11.30 malam Selasa, tiada pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjelaskan apa tindakan susulan untuk perlawanan ini.
Astro Arena
Wed Sep 09 2015
![Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/9815StadiumShahAlam2.jpg)
Namun situasi masih belum reda dan mercun pula ditembak ke arah lebih 1,000 penyokong Arab Saudi yang kebanyakannya membawa kanak-kanak.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732068489_UEFAFIFArusiah.jpg)
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
![Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/9815StadiumShahAlam2.jpg)
Reputasi Malaysia semakin tercalar gara-gara kebiadaban penyokong sendiri
Reputasi Malaysia dalam peta bola sepak dunia semakin tercalar gara-gara tindakan biadap penyokong sendiri di Stadium Shah Alam, malam tadi.
![Ranking FIFA: Kedudukan M'sia jatuh ke-164 Ranking FIFA: Kedudukan M'sia jatuh ke-164](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61363967269_295x200.jpg)
Ranking FIFA: Kedudukan M'sia jatuh ke-164
Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.