KUALA LUMPUR: Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0 pada perlawanan terakhir di sini, malam ini.
Lebih manis, kemenangan selesa 15-7, 15-7 di Stadium Titiwangsa itu disaksikan kira-kira 1,000 penonton tempatan yang menjadi antara faktor penting kejayaan diraih anak buah Ahmad Jais Baharun selepas sorakan padu mereka menggamatkan venue berkapasiti 1,500 tempat duduk itu.
Pada pertembungan menentang Brunei, Malaysia mengekalkan trio sama iaitu Farhan Adam selaku apit kiri (perejam), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias sebagai apit kanan (pengumpan) selepas menunjukkan persembahan konsisten ketika menewaskan China, semalam.
Bagaimanapun, selepas menjinakkan Brunei kendalian bekas jurulatih kebangsaan Abd Talib Ahmad, Mohammad Syahir berkata masih terdapat kelemahan individu yang harus diperbaiki dalam usaha berada pada tahap optimum menjelang perlawanan final yang merupakan sasaran pasukan.
"Bagi saya masing-masing belum capai lagi prestasi kemuncak dari segi balingan, servis dan libasan semua belum capai tahap maksimum dan kami akan cari dalam setiap perlawanan, harap kami dapat ke final dan beraksi dengan lebih baik di final," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Menanti Malaysia di pentas suku akhir Selasa ini adalah antara Korea Selatan, Singapura dan Filipina selepas saingan Kumpulan C masih lagi terbuka.
Mohammad Syahir berkata pasukan tidak akan memandang rendah mana-mana pihak lawan di suku akhir dan akan menganggap setiap pasukan yang dihadapi adalah Thailand.
"Untuk aksi seterusnya kita tengok nanti, sebenarnya dalam persiapan kami memang nak lawan Thailand, jadi untuk perlawanan ini kami bersedia seperti akan berlawan dengan Thailand," kata tekong berusia 27 tahun itu.
Dalam pada itu, juara bertahan Thailand mara ke suku akhir selaku juara Kumpulan A apabila merekodkan kemenangan kedua selepas menumpaskan Indonesia 2-0 (15-11, 15-7).
Terdahulu, India turut menempah tiket ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua selepas menjinakkan Myanmar 2-1 (15-13, 12-15, 15-13)
Sementara itu, dalam saingan Kumpulan C menyaksikan Singapura memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menundukkan Korea Selatan 2-1 (10-15, 15-11, 15-12) dan akan membuat perhitungan menentang Filipina dalam aksi hidup mati esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Aksi pemain Malaysia ketika menentang pasukan Brunei dalam kategori regu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini. - Gambar Bernama
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Mohd Sumali mahu lihat penubuhan akademi berbanding stadium sepak takraw
Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi, PSM boleh kenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk masa depan sukan sepak takraw.
Belanjawan 2025: PSM letak harapan tinggi
Katanya, dana kerajaan sangat penting untuk memastikan sukan tradisi masyarakat Melayu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.
Sepak takraw Piala Raja Thai: Malaysia rangkul emas acara regu
Skuad sepak takraw negara menepati ramalan merangkul emas acara regu lelaki Piala Raja Thai 2024 selepas menewaskan India 2-0 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
Tidak mustahil kejutkan Thailand di Piala Raja Thai - Sumali
Berdasarkan prestasi di Piala Dunia lalu dan Sukan SEA Kemboja tahun lepas, peluang skuad negara mengatasi pasukan gergasi dunia itu adalah 50-50.