BEKAS Presiden UEFA, Michel Platini ditahan polis awal pagi Selasa di Paris, dipercayai bagi membantu siasatan isu rasuah berkaitan penganugerahan tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar.
Akhbar-akhbar di Britain melaporkan Platini, 63 tahun, dibawa ke sebuah balai polis di Paris sebelum dibawa ke pejabat badan anti-rasuah Perancis.
Penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia kepada Qatar pada 2022 dibayangi unsur rasuah apabila tersebarnya email bekas presiden FIFA Jack Warner, bahawa Qatar ‘membeli’ hak penganjuran tersebut.
Menurut laporan akhbar Perancis, Mediapart, Claude Gueant, yang merupakan orang kanan kepada bekas presiden negara itu, Nicolas Sarkozy turut disoal-siasat namun dibebaskan.
Platini digantung oleh FIFA daripada sebarang aktiviti bola sepak selama lapan tahun bermula 2015, selepas didapati bersalah menerima lebih dua juta Swiss Francs (RM7.96 juta) daripada Sepp Blatter, yang merupakan Presiden FIFA ketika itu.
Hukuman itu kemudian dikurangkan kepada empat tahun selepas siasatan dibuat pihak berkuasa Switzerland.
Penggantungan dikurangkan kepada dua tahun lagi apabila Platini membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebelum pendakwa raya Switzerland mendapati beliau tidak bersalah dan bebas daripada sebarang hukuman tahun lepas.
Platini merupakan legenda bola sepak Perancis yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak tiga kali dan sebahagian daripada skuad Perancis yang memenangi Euro 1984.
Ian Johan Ariff
Tue Jun 18 2019

Pada tahun lepas, Michel Platini bebas daripada sebarang hukuman atas tuduhan menerima bayaran daripada Sepp Blatter tahun lepas. - Gambar fail

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung
Pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.

Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.

Rasuah: Platini ditahan polis Perancis
Akhbar-akhbar di Britain melaporkan Platini, 63 tahun, dibawa ke sebuah balai polis di Paris sebelum dibawa ke pejabat badan anti-rasuah Perancis.

Kuatkan diri, tuan - Ronaldo hantar mesej buat Ferguson
United mengesahkan pada lewat malam semalam bahawa Ferguson yang berusia 76 tahun telah jatuh sakit pada Jumaat dan menerima rawatan rapi susulan prosedur yang dijalankan dengan lancar.

Kalau dah tak main bola, saya nak main filem - Cristiano Ronaldo
Bagi Ronaldo jika tidak lagi menjadi pemain bola satu ketika nanti, dia mahu beralih angin ke bidang filem.