SIAPA tidak kenal Cristiano Ronaldo. Bintang yang berjaya meletakkan namanya sebagai legenda dunia bolasepak moden.
Berjaya membantu Real Madrid mempertahankan gelaran Piala Dunia Kelab FIFA pada Disember lalu, Ronaldo secara individu bukan calang-calang pemain. Lima Anugerah Ballon d’Or dalam genggamannya sekaligus menyamai pencapaian ‘seteru’ utamanya Lionel Messi.
Bagi penyerang kebangsaan Portugal ini seandainya tidak lagi bergelar pemain bola satu ketika nanti, dia mahu beralih angin ke bidang filem.
“Sekiranya bersara, saya mahu menikmati hidup yang baik. Saya berkata demikian bukan kerana wang. Saya mahu melakukan perkara lain seperti membuat filem,” jelas Ronaldo dalam temubualnya bersama Sky Italia.
Pada usianya yang menghampiri 33 tahun Ronaldo sebenarnya sudah memikirkan mengenai perancangan masa depannya ketika berumur 27 tahun lagi.
Namun buat masa ini cintanya terhadap bola sepak tetap tebal dan dia masih dahagakan kejayaan demi kejayaan.
“Saya bukan muda lagi namun di dalam minda, saya masih segar dan bermotivasi untuk terus berjaya. Saya fikir ini adalah kuncinya,” ujar Ronaldo.
Kembali ke Old Trafford?
Bekas anak didik Sir Alex Ferguson ini masih ada baki tiga tahun kontrak lagi bersama Real Madrid. Namun dia dikhabarkan mungkin meninggalkan Santiago Bernabeu lebih awal.
Antara yang tidak sabar mahu menyambar Ronaldo tidak lain dan tidak bukan Manchester United.
Memetik sumber Daily Mirror, The Red Devils sudah bersedia dengan kemungkinan itu dan segala perbelanjaan yang diperlukan adalah soal nombor dua.
Spekulasi mengenai penghijrahan Ronaldo bertiup kencang susulan ketegangan hubungannya dengan presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Malah Ronaldo dilaporkan juga mahu menghantar anak lelakinya yang berusia tujuh tahun untuk bersekolah di England, perkhabaran yang menguatkan lagi spekulasi Ronaldo dan United bakal kembali bertaut jodoh.
Astro Awani
Mon Jan 01 2018

Ronaldo telah menempa nama sebagai legenda bola sepak moden namun yakin masih mampu raih lebih banyak kejayaan - Gambar REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung
Pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo.

Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.

Rasuah: Platini ditahan polis Perancis
Akhbar-akhbar di Britain melaporkan Platini, 63 tahun, dibawa ke sebuah balai polis di Paris sebelum dibawa ke pejabat badan anti-rasuah Perancis.

Kuatkan diri, tuan - Ronaldo hantar mesej buat Ferguson
United mengesahkan pada lewat malam semalam bahawa Ferguson yang berusia 76 tahun telah jatuh sakit pada Jumaat dan menerima rawatan rapi susulan prosedur yang dijalankan dengan lancar.

Kalau dah tak main bola, saya nak main filem - Cristiano Ronaldo
Bagi Ronaldo jika tidak lagi menjadi pemain bola satu ketika nanti, dia mahu beralih angin ke bidang filem.