KUALA LUMPUR: Kedudukan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus goyah apabila ranking dunianya jatuh satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.
Zii Jia, yang mengambil keputusan berehat seketika susulan prestasi mengecewakan sejak akhir ini, menghuni kedudukan ke-14 dengan 54,476 mata, jauh ditinggalkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan 103,005 mata di kedudukan tertinggi ranking BWF tersebut.
Sementara itu, kejayaan bergelar juara Terbuka Taiwan 2023, Ahad lepas, membantu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak empat anak tangga dari kedudukan ke-19 untuk berada di ranking ke-14 dengan mengutip 54,888 mata.
Pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie merupakan satu-satunya wakil negara dalam kedudukan 10 teratas selepas kekal di tangga ketujuh (62,984 mata) dalam ranking dikuasai jaguh China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (116,906 mata).
Nasib berbeza pula dialami beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila mereka tidak berganjak dari kedudukan ke-23 (43,160 mata), biarpun mempertahankan gelaran Terbuka Taiwan 2023 dengan menumpaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14.
Dua beregu lelaki negara iaitu juara bertahan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di kedudukan keempat (81,794 mata) dan gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di ranking keenam (71,250 mata) manakala pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto tidak dicabar di tempat teratas (94,379 mata).
Kategori beregu wanita pula menyaksikan naib juara Masters Malaysia 2023, Pearly Tan-M. Thinaah kekal di kedudukan ke-12 (65,821 mata) dan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan masih unggul di ranking pertama (100,654 mata).
Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei pula terkeluar daripada kedudukan 30 perseorangan wanita terbaik dunia selepas jatuh empat anak tangga di ranking ke-34 (34,683 mata) dan pemain Jepun, Akane Yamaguchi kekal di puncak dengan 103,717 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Zii Jia, yang mengambil keputusan berehat seketika susulan prestasi mengecewakan sejak akhir ini, menghuni kedudukan ke-14 dengan 54,476 mata. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia