Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac menurut Persekutuan Bola Sepak Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Vietnam kekal pada kedudukan ke-19 di Asia dan kedua di Asia Tenggara selepas Thailand yang kekal di kedudukan ke-101 di dunia.
Sementara itu dengan 30.04 mata yang diperoleh daripada kemenangan ke atas Vietnam, Indonesia naik lapan anak tangga ke kedudukan ke-134 dalam ranking dunia.
Ranking dunia pasukan lima teratas Asia kekal dengan Jepun (ke-18), Korea Selatan (ke-23), Australia (ke-24) dan Qatar (ke-34).
Ranking dunia masih lagi diungguli Argentina, diikuti Perancis, Belgium dan England.
![](https://img.astroawani.com/2024-04/71712358641_freesize.jpg)
-- BERNAMA