KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga ke kedudukan keempat dalam ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini selepas merangkul gelaran dunia di Jepun, Ogos lepas.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu yang mengumpul 90,328 mata, mengatasi juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, yang berada di kedudukan kelima dengan 89,465 mata.
Dua lagi pasangan Malaysia iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani masing-masing kekal di tempat kesembilan dan ke-10 manakala beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi kekal di tangga teratas dengan 102,050 mata.
Yew Sin-Ee Yi mengumpul 72,490 mata manakala Sze Fei-Nur Izzuddin mengumpul 69,375 mata.
Sementara itu, naib juara Terbuka Vietnam 2022, Goh Jin Wei muncul perseorangan wanita terbaik negara selepas melonjak enam anak tangga ke tangga ke-44 dengan mengumpul 34,601 mata untuk memintas juara Sukan SEA 2019, S. Kisona, yang menduduki tempat ke-46 dengan 33,749 mata.
Bagi perseorangan lelaki, pemain profesional Malaysia Lee Zii Jia kekal di tempat ketiga dengan 91,578 mata, di belakang pemain Denmark, Viktor Axelsen (122,606 mata) dan Anders Antonsen (92,700 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu yang mengumpul 90,328 mata, mengatasi juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia,. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India apabila menewaskan wakil Thailand, Kittinipung Kedren-Dechapol Puavaranukroh.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.

Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.

Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Jelajah dunia akhir BWF: Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-18, 21-15 dalam tempoh 63 minit.

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.

Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.