KUALA LUMPUR: Impian jaguh ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo tidak kesampaian, selepas beliau menamatkan saingan di bawah markah kelayakan pada acara Dressage Antarabangsa CDI di Le Mans, Perancis pada Jumaat lepas.
Penunggang berusia 41 tahun itu memungut markah 64 peratus, kurang dua peratus untuk mencipta sejarah selaku atlet pertama ekuestrian negara menyertai temasya sukan antarabangsa itu.
Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 66 peratus di Le Mans untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar yang mengesahkan berita itu memuji usaha Qabil ke Eropah biarpun penunggang itu diberitahu pada saat-saat akhir.
"Kami sudah tentunya sedih dengan berita itu tapi kami tetap bangga dengan pencapaian beliau setakat ini. Saya berharap beliau akan memberikan inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk berusaha mencapai kejayaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Awal bulan ini, Qabil Ambak dinamakan sebagai pengganti dalam acara dressage oleh FEI (Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa) selepas satu daripada dua penunggangnya yang layak ke Olimpik Tokyo menerusi Kumpulan G Kejohanan Kelayakan untuk Zon Asia Tenggara dan Oceania pada 2019 menarik diri baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Qabil Ambak perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 66 peratus di Le Mans untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo. - Gambar fail
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.