Pusat Media Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 dibuka di Pusat Akuatik, Jalan Stadium di sini hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sarawak, Charles Igat Assom berkata ia mula beroperasi seawal pukul 7.30 pagi ini dan ditutup selepas berakhir majlis penutupan temasya pada hujung bulan ini.
Beliau berkata sehingga kini pihak sekretariat telah mengeluarkan lebih 1,000 kad akreditasi kepada petugas media yang akan membuat liputan.
Katanya selain Kuching, pusat media di bandar raya Miri dan Bintulu, dua lagi venue Sukma ke-18 juga sudah mula dibuka hari ini.
"Petugas media boleh menggunakan Wi-Fi, komputer dan lain-lain kemudahan yang disediakan di pusat-pusat media," katanya kepada kira-kira 50 wakil media pada sesi taklimat di Pusat Media di sini.
Miri akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan karate, sepak takraw dan pelayaran, manakala Sibu bagi acara bola tampar dan badminton.
Igat berkata selain persidangan media dari semasa ke semasa, setiap hari satu persidangan media akan diadakan pada pukul 7.30 malam di Pusat Media untuk memberikan maklumat terkini perkembangan semasa Sukma Ke-18.
Majlis pagi ini turut menyaksikan taklimat disampaikan oleh Pengurus Projek WSL Sdn Bhd, Johanis Johari yang bertanggungjawab membangunkan perisian dan pengurusan sistem acara untuk Sukma Ke-18.
Menurutnya orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan Sukma Ke-18 dengan melayari laman web sukmasarawak2016.my.
Raptai penuh majlis perasmian di Stadium Sarawak dijadualkan Khamis ini dengan majlis perasmian oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.
Bernama
Mon Jul 18 2016
![Pusat media Sukma ke-18 dibuka Pusat media Sukma ke-18 dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467332896_SukmaSarawak.jpg)
Pusat Media mula beroperasi pukul 7.30 pagi ini dan ditutup selepas berakhir majlis penutupan temasya pada hujung bulan ini.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719116158_tbSUKMA.jpg)
Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.
![Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717929799_HannahYeoh.jpg)
Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
![SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703202578_AbdulKarimRahmanH.jpg)
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
![Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028 Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676023562_TBHANNAHYEOH.jpg)
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
![Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669632556_GabrielGilbert.jpg)
Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis
Mengambil contoh selebriti, Mohd Sadek berkata, golongan itu dilihat lebih disanjung dan terbela berbanding ahli-ahli sukan.
![Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645274921_DrPekanRamli.jpg)
Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan
Semua pihak terlibat perlu memandang serius perkara itu dan Sukma sepatutnya 'zero doping case'.
![Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663882473_Atletpelumbaberbas.jpg)
Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan
Kontinjen Johor kian hampir disahkan sebagai juara keseluruhan selepas unggul di tangga teratas kedudukan pingat dengan 69 emas, 39 perak dan 39 gangsa.
![Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663429532_TBISMAILSABRISUKMA.jpg)
Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM
Perdana Menteri berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.
![Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20 Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663346531_MuhammadAzeem.jpg)
Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
![Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662136928_TbMSN.jpg)
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.