KUALA LUMPUR: Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Nor Sarah Adi menyambut Hari Malaysia dengan bergaya, apabila masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
Muhammad Azeem, pemegang rekod 100m kebangsaan mencatat 10.25 saat (s) untuk menang pingat emas buat negeri Perak, menafikan cabaran dua rakan seperjuangan dalam kem negara iaitu Muhammad Arsyad Md Saat dan Muhammad Haiqal Hanafi yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Muhammad Arsyad yang mewakili Johor merakam kepantasan 10.46s manakala Muhammad Haiqal dari Negeri Sembilan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 10.50s, sekali gus gagal memperbaiki pencapaian merangkul perak pada edisi 2018 di Perak.
Meskipun catatan dilakukan Muhammad Azeem lebih perlahan berbanding rekod kebangsaan 10.09s miliknya, di usia 18 tahun pencapaiannya hari ini membolehkan beliau mengimpikan kejayaan merangkul emas dalam dua edisi berturut-turut, apabila masih layak beraksi pada Sukma seterusnya.
Pada masa sama, atlet Pahang Nor Sarah Adi menepati ramalan membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan catatan 11.91s, mengatasi atlet Sabah Nur Aishah Rofina Aling (perak) yang melakukan 12.08s dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dari Selangor (gangsa) dengan 12.10s.
SUKMA-RANGKUMAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sukan Olahraga Sukma kali ini terus diserikan dengan kejayaan atlet jarak jauh Pahang, Muhammad Ikbolasen Md Kamal Hussain yang memenangi emas kedua peribadinya, selepas mendominasi acara 3,000m lari berhalangan lelaki dengan merakam masa 9 minit dan 15.24s.
Kejayaan itu hadir sehari selepas beliau menghadiahkan emas sulung buat kontinjen Pahang menerusi acara 10,000m lelaki, yang menyaksikan beliau sedikit kecewa apabila catatan dilakukan tidak diiktiraf sebagai rekod baharu temasya, susulan ketetapan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu, menjelang majlis perasmian pembukaan temasya Sukma ke-20 esok, kontinjen Johor cemerlang mendahului kedudukan kutipan pingat dengan mengumpul keseluruhan 15 pingat emas, selepas hari ini menuai dua dari olahraga, wushu (tiga) dan karate (satu).
Melaka merupakan pencabar terdekat Johor, apabila mengumpul keseluruhan sembilan emas di kedudukan kedua, sementara lima emas yang diraih hari ini membolehkan Sabah menduduki tempat ketiga dengan jumlah kutipan tujuh emas.
Hari ini juga menyaksikan sukan wusyu yang menawarkan keseluruhan 25 emas melabuhkan tirainya, selepas pelbagai kisah sukan dan duka mewarnai suasana sepanjang tiga hari sukan seni mempertahankan diri itu berlangsung.
Esok menyaksikan sukan memanah, sepak takraw dan gimnastik artistik akan membuka tirai saingan dengan keseluruhan 19 emas menjadi rebutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022

Atlet Olahraga Perak Muhammad Azeem Mohd Fahmi (tengah) ketika beraksi dalam acara 100m lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Muhammad Azeem dalam radar wakili Malaysia di Universiade 2025
Pemilihan akhir masih bergantung kepada perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat
Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Amerika Syarikat.

'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.

Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.

Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.

NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.