SEPANG: Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata penyertaan atlet tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada atlet sebaya mereka yang bertanding di temasya sukan tempatan itu.
"Kami cuba memberi peluang kepada semua atlet untuk bersaing di Sukma. Ini asas Sukma. Atlet yang berjaya pada Sukan Komanwel bermula dari negeri dan belum pernah mewakili negeri mereka di Sukma.
"Jadi, ini adalah peluang mereka untuk mewakili negeri dan menjadi kebanggaan kepada negeri mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyambut kepulangan skuad negara yang muncul juara kejohanan Dodgeball Dunia di Kanada, hari ini.
Antara pemenang pingat Sukan Komanwel yang bakal bertanding pada Sukma kali ini adalah penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara di Birmingham, Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan pemain badminton perseorangan lelaki Ng Tze Yong yang meraih perak.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk M. Jana Santhiran, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma berkata, kementerian dan MSN akan memastikan tiada lagi acara digugurkan pada edisi akan datang disebabkan tidak cukup penyertaan.
"Saya rasa kali (tahun) ini sahaja kita hadapi masalah sebegini. Pada masa akan datang, KBS dan MSN akan pastikan semua sukan mempunyai penyertaan mencukupi. Ini disebabkan COVID-19 dan sebagainya. Perlu adil kepada negeri yang tidak dapat mempersiapkan atlet mereka," katanya.
Sebelum ini, timbul isu pengguguran beberapa acara olahraga dan terjun berikutan tidak cukup penyertaan minimum daripada kontinjen negeri yang bertanding untuk meneruskan pertandingan.
Walaupun pihak penganjur mengurangkan syarat minimum lapan negeri kepada enam bagi edisi kali ini, penyertaan masih tidak mencukupi untuk meneruskan acara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata penyertaan atlet tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada atlet sebaya mereka yang bertanding di temasya sukan tempatan itu. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.

Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan
Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat.

Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.

Sukan SEA: Satu kes doping dikesan
Majlis Olimpik negara terbabit dihubungi untuk menawarkan pilihan sama da menjalani ujian sampel B atau mengakui kesalahan.

Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping
Empat pemenang pingat Sukma Sarawak didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Pemenang Olimpik Asia Tenggara terima tiket penerbangan percuma
AirAsia menerusi seluruh rangkaiannya di 120 destinasi memberikan hadiah tiket penerbangan secara percuma mengikut kategori pemenang.