KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang melengkapkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) berspesifikasi penuh, bagi menjadikan 'rumah' Harimau Malaya itu berkelas dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.
"Kami ada perancangan untuk memasang VAR, jadi ia (SNBJ) sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya untuk kejohanan tempatan juga, jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR di SNBJ.
"Kita akan gunakan spesefikasi tinggi dan bertaraf dunia. Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM," katanya kepada Bernama.
Mohd Faidz berkata pihaknya juga bersedia mengadakan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah PSM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berhubung kos penggunaan VAR yang dikatakan menelan harga lebih setengah juta ringgit.
Beliau berkata SNBJ perlu menjadi venue terbaik, selain menjadi penanda aras kepada stadium lain di Malaysia.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebelum ini mengesahkan VAR akan mula diperkenalkan pada tahun ini di Liga Malaysia (Liga M), dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.
Minggu lepas, pendekatan penggunaan VAR merupakan antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam pertemuannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda.
Pada pertemuan tersebut, Collina mencadangkan kepada Hamidin sama ada untuk menggunakan VAR Sepenuhnya (minimum lapan kamera) atau VAR Ringan (kurang daripada lapan kamera) dalam kancah bola sepak tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang melengkapkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) berspesifikasi penuh, bagi menjadikan 'rumah' Harimau Malaya itu berkelas dunia. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.

PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.

PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.

PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.

Isu rumput padang SNBJ rosak: PSM cuma ada tempoh lapan bulan
PSM mengambil maklum mengenai keadaan padang di SNBJ yang tidak memuaskan pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 malam tadi.

Kemudahan percuma KBS: PSM terima 24 permohonan
Sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini bagi tujuan penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma.

Konsert: Stadium Nasional gelanggang rasmi Harimau Malaya - Hamidin
Hamidin berkata FAM dan PSM masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.

Rumput percuma Stadium Nasional Bukit Jalil jadi kenangan berharga
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.