KUALA NERUS: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mempertahankan nama baik badan induk itu dalam isu ketersediaan Stadium Nasional di Bukit Jalil menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, November depan.
Ia susulan penganjuran konsert kumpulan muzik British, Coldplay di Stadium Nasional pada 22 Nov dan aksi pasukan negara yang mungkin berlangsung sehari lebih awal di venue sama.
Hamidin berkata FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya.
"Saya perlu menyatakan FAM dan PSM memang ada kontrak dari dulu sehingga sekarang, bukannya MoU (perjanjian persefahaman). Harap perkara ini dapat diselesaikan apabila jadual (pusingan kelayakan) keluar pada Julai.
"Kontrak kita (dengan PSM) adalah gelanggang rasmi Harimau Malaya di Bukit Jalil, mungkin ada pihak yang salah faham, jadi kita pastikan selepas ini tidak berulang lagi," katanya pada program Townhall Bersama Presiden FAM di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator apakah punca menyebabkan penganjuran konsert itu berisiko menjejaskan aksi pasukan negara kendalian Kim Pan Gon, selepas timbul pelbagai spekulasi.
Pada Mac 2021, FAM dan PSM melanjutkan perjanjian bersama yang menyaksikan Stadium Nasional terus menjadi 'Rumah Harimau Malaya' hingga 31 Dis 2025.
Sebelum ini, Hamidin membuat kenyataan tidak akan membenarkan konsert Coldplay di Stadium Nasional mengganggu aksi skuad Harimau Malaya yang mungkin berlangsung sehari sebelum itu, mengambil kira tempoh persiapan konsert yang memakan masa.
Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan memastikan penganjuran konsert dan perlawanan pasukan negara berjalan dengan baik.
Pada 7 Jan lepas, puluhan ribu penyokong bola sepak negara berputih mata selepas 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional terpaksa 'dikosongkan' menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 Malaysia bertemu Thailand.
Pengosongan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert seorang artis antarabangsa yang berlangsung pada 15 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Hamidin berkata FAM dan PSM masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya. - Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [26/12/2024] - Amaran hujan lebat | Lahirkan graduan berkemahiran tinggi | Kadar premium kekal
AWANI Borneo Khamis, 26 Disember 2024 bersama Assim Hassan
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah bermula Sabtu.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026.
Program Tarif Elektrik Hijau akan diteruskan pada 2025.
Pesilat Muda Sarawak cipta kejutan di Abu Dhabi
Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurkan majlis penghargaan buat pesilat muda berbakat dari Marudi, Ummi Masitah Hassan.
DAPSY gesa kelemahan dalam SCHB ditangani
Kerajaan Sarawk digesa segera menangani kelemahan dalam Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) susulan berlakunya tuntutan tanpa pengesahan yang mengakibatkan seorang warga emas kehabisan RM500 nilai bantuan tanpa pengetahuan.
i-CATS sasar jadi universiti penuh menjelang 2026
i-CATS `merancang memperkenalkan program akademik baharu yang selari dengan teknologi canggih seperti hidrogen, bio-terma, tenaga boleh diperbaharui, dan kecerdasan buatan.
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.
Banjir diramal melanda beberapa bahagian di Sabah
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), ramalan banjir di Sabah dijangka berlarutan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2024.
Lelaki kelelahan di Bukit Kanada diselamatkan
Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan lelah disebabkan penyakit asma yang dihidapinya.
Nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Ini fakta anda perlu tahu
Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah
Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.
Kerja pembersihan tumpahan minyak di Lebuhraya Karak dijangka selesai petang ini - Exco
Tumpahan minyak masuk ke dalam longkang berhampiran dan mengalir ke anak Sungai Gombak, menjejaskan bekalan air mentah Loji Rawatan Air Sungai Gombak.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.