PUTRAJAYA: Program ‘Data untuk Rakyat’ dan ‘Cyber Security untuk Rakyat’ bakal diperkenalkan bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kefahaman mendalam berkaitan teknologi digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.  

Beliau berkata cadangan pengenalan dua program baharu itu adalah susulan kejayaan sejuta rakyat Malaysia berjaya melengkapkan program 'AI untuk Rakyat' iaitu inisiatif pembelajaran kendiri secara dalam talian.

“Ia tunjukkan ramai di luar sana tertarik dengan teknologi dan apakah perlu untuk mereka bersama-sama menggunakan teknologi untuk menambah baik kehidupan.

“Selepas ini, (kita) rancang beberapa modul lain iaitu lancarkan program ‘Data untuk Rakyat’ dan Cyber Security’ untuk Rakyat’,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Anjakan Strategi Digital First (ASDF) di sini hari ini.

Program AI untuk Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Jan lepas menggariskan dedikasi kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan penting mengenai Kecerdasan Buatan (AI).

Sementara itu, Gobind menegaskan pengenalan program baharu berkaitan teknologi secara dalam talian adalah penting bagi memastikan rakyat bersedia dengan cabaran teknologi masa kini. 

“Saya mahu pastikan semua masyarakat faham dengan lebih mendalam mengenai maksud sebenarnya data, kecerdasan buatah (AI), cybersecurity dan sebagainya supaya mereka bersedia dengan cabaran masa depan untuk gunakan teknologi itu,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Digital ketika ini fokus mewujudkan platform pendigitalan yang mudah diakses, selamat dan berkualiti di semua peringkat perkhidmatan kerajaan.

“Kita juga dalam proses rangka apa yang dikatakan akta yang membolehkan perkongsian data, itu sangat penting dan harap dapat bentangkan rang undang-undang (RUU) itu di Parlimen pada Jun atau akhir tahun ini. 

p“Ini adalah penting kerana kita lihat bahawa gerak kerjaem online /emyang laksanakan hari ini banyak berasaskan data, kalau kita bolehkan data itu dikongsikan kita akan dapat lebih manfaat,” katanya.