KUALA LUMPUR: Pelantikan ahli lembaga pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB) menandakan satu kemajuan penting seperti yang direncanakan dalam perjanjian langganan saham (SSA) yang ditandatangani bagi penstrukturan semula rangkaian 5G, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
SSA itu ditandatangani antara DNB, Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO), iaitu Maxis Bhd, CelcomDigi Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd, pada 1 Dis, 2023.
Gobind berkata SSA itu dimeterai oleh pihak-pihak untuk melaksanakan dasar kerajaan seperti yang diumumkan pada 2 Mei 2023, mengenai peralihan daripada model 5G secara rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model 5G secara dwi rangkaian (DN).
"Terdapat dua fasa utama kepada peralihan. Pertama, rangkaian 5G DNB mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dan penyertaan MNO dalam DNB.
"Kedua, peralihan kepada DN dan pelupusan ekuiti kerajaan (melalui MoF Inc) dalam DNB yang mana beberapa MNO akan kekal dengan DNB manakala MNO yang selebihnya akan berpindah ke rangkaian 5G kedua dan melepaskan ekuiti mereka dalam DNB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata aspirasi kerajaan mengikut pengumuman dasar bahawa SSA, yang merupakan proses penting dalam fasa pertama, akan membolehkan penyertaan semua MNO dalam DNB sebagai pemegang saham sebelum peralihan kepada 5G Dwi Rangkaian.
"Saya difahamkan bahawa susulan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu DNB, lembaga pengarah DNB yang baharu dibentuk semula itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi untuk, antara lainnya, menyemak dapatan kajian terperinci dan berusaha memenuhi syarat-syarat duluan yang masih berbaki dan menyelesaikan SSA.
'Selepas SSA selesai, MNO dijangka secara kolektif melanggan 70 peratus ekuiti dalam DNB (14 peratus setiap MNO), manakala MoF Inc memegang baki 30 peratus ekuiti dan bahagian khas yang akan memberikan MoF Inc hak istimewa tertentu bagi satu tempoh yang ditetapkan.
"Hak dan obligasi pihak-pihak akan dinyatakan dalam perjanjian pemegang saham yang akan dilaksanakan oleh pihak-pihak," katanya.
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
"Pihak-pihak akan meneruskan proses sewajarnya untuk memuktamadkan SSA, dan seterusnya mempertingkatkan penggunaan rangkaian 5G Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sidang media selepas majlis ‘Connected Industries Day’ hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.