PUTRAJAYA: Kabinet meluluskan cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pindaan itu adalah perlu bagi memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang global.
"Cadangan pindaan Akta 709 ini adalah untuk penambahbaikan dasar khususnya dari aspek keselamatan dan penguatkuasaan dalam menangani isu pelanggaran dan penyalahgunaan data peribadi di Malaysia," katanya.
Gobind berkata antara cadangan utama pindaan kepada Akta 709 adalah mewajibkan pemberitahuan mengenai pelanggaran data peribadi, penambahan tanggungjawab pematuhan oleh pemproses data dan pelantikan Pegawai Perlindungan Data (DPO).
Cadangan lain adalah memperkenalkan hak kemudahalihan data kepada subjek data dan memansuhkan keperluan pewartaan tempat yang dibenarkan untuk pemindahan mana-mana data peribadi ke luar Malaysia.
"Dalam merangka cadangan pindaan Akta 709 ini, Pesuruhjaya Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) turut mengambil kira input dan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan melalui pelbagai sesi libat urus," katanya.
Beliau berkata pindaan itu juga bertujuan menangani isu penyalahgunaan data peribadi susulan statistik jumlah aduan yang diterima bagi tempoh Oktober 2023 hingga Mac lepas menunjukkan trend peningkatan 5.1 peratus, dengan 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi diterima PDP.
"Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024. Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41 peratus pada 2024 berbanding 2023," katanya.
Gobind berkata menurut laporan statistik oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), sebanyak 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 bilion telah dilaporkan di seluruh negara tahun lepas.
"Berdasarkan statistik 2023 tersebut, kes jenayah telekomunikasi seperti tipu peraduan SMS, tipu penyamaran di talian dan tipu panggilan telefon antara kes tertinggi yang direkodkan dengan 10,348 kes membabitkan kerugian RM352.9 juta," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bersidang bermula 24 Jun hingga 18 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Gobind (kanan) berkata pindaan itu adalah perlu bagi memastikan perundangan perlindungan data peribadi di Malaysia selaras dengan piawaian, perubahan serta perkembangan undang-undang global. -Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.