PENGELUAR kereta Jerman, Porsche, bersedia membincangkan kerjasama masa depan dengan Maria Sharapova sambil satu lagi penaja, Nike, turut mengalu-alukan penggantungan dua tahun pemain itu disingkatkan kepada 15 bulan.
Sharapova asalnya digantung oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) sehingga Januari 2018 selepas diuji positif untuk bahan terlarang, meldonium, awal tahun ini.
Bagaimanapun, bintang Russia itu mempertahankan bahawa dia tidak menyedari meldonium telah ditambah kepada senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengumumkan penggantungan ke atasnya dipendekkan pada Selasa.
Porsche, yang sebelumnya menggantung semua aktiviti bersama Sharapova, kini merancang untuk membincangkan projek masa depan dengan juara lima kali Grand Slam itu.
“Kami telah mengambil maklum keputusan terbaru CAS dalam kes Maria Sharapova. Kami mengalu-alukan keputusan CAS itu dan berasa gembira untuknya,” kata satu kenyataan Porsche.
“Kami sentiasa berhubung rapat dengannya dan seperti yang ditekankan sebelumnya, kami hanya menangguhkan sementara sebarang aktiviti bersamanya sejak beberapa bulan lalu sehingga keputusan akhir diketahui.
"Tiada kontrak yang telah ditamatkan. Kami akan berbincang kerjasama masa depan pada hari-hari dan minggu-minggu yang mendatang.”
Syarikat gergasi pakaian sukan, Nike, meneruskan tajaannya bersama Sharapova pada Jun lalu di sebalik penggantungannya di samping mengalu-alukan keputusan terbaru CAS itu.
“Kami berasa gembira Maria akan kembali bermain sukan yang dicintainya ini pada April dan kami akan bergandingan dengannya demi kejayaan berterusannya di dalam dan di luar gelanggang,” kata Nike dalam satu kenyataan.
Astro Arena
Wed Oct 05 2016

Porsche berkata pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan Maria Sharapova dan hanya menangguhkan sementara sebarang aktiviti bersamanya sejak beberapa bulan lalu sehingga keputusan akhir diketahui. - AFP PHOTO / Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sharapova tidak rancang aksi perpisahan selepas umum persaraan
Sharapova, pemenang lima kali kejohanan grand slam, mengesahkan persaraannya malam tadi selepas bergelut dengan kecederaan sepanjang beberapa tahun ini.

'Tenis, saya ucapkan selamat tinggal' - Maria Sharapova umum bersara
Sharapova yang pernah merangkul gelaran Grand Slam sebanyak lima kali sepanjang kerjayanya, mengumumkan persaraannya itu pada usia 32 tahun.

Terbuka Australia: Sharapova, Williams inspirasi Kenin
Kenin, yang berhijrah ke AS sejak kecil, merangkul gelaran grand slam pertama semalam, bangkit untuk mengatasi Garbine Muguruza 4-6, 6-2, 6-2 dalam aksi final di Melbourne Park.

Terbuka AS: Djokovic mara ke suku akhir
Dijangka bakal berdepan Roger Federer dalam suku akhir merupakan sesuatu yang dinantikan semua peminat sukan tenis.

Sharapova harap Williams segera kembali ke gelanggang
Aksi pusingan keempat Roland Garros itu dibatalkan kerana kecederaan yang membelenggu Williams yang menghadapi kecederaan otot yang dialami ketika mengharungi aksi beregu.

Serena kembali ke tanah liat, Sharapova dipaksa bekerja keras
Pertembungan pusingan pertama dalam Roland Garros itu kemunculan sulung Serena di permukaan itu sejak 2016 dan penampilan pertamanya dalam kejohanan besar sejak memenangi Terbuka Australia 2017.

Terbuka Australia: Federer terus hidupkan peluang buru kejayaan ke-20
Juara bertahan, Federer, yang memburu kejayaan Grand Slam ke-20 di Melbourne, menghasilkan prestasi hebat terhadap pilihan ke-29 berkenaan yang belum pernah melangkah ke separuh akhir kejohanan itu.

Sharapova terlepas Roland Garros
Presiden Persekutuan Tenis Perancis (FFT), Bernard Giudicelli, berkata semalam bahawa Sharapova tidak dijemput bermain di Roland Garros.

Porsche dan Nike alu-alu hukuman Sharapova dipendekkan
Porsche, yang sebelum ini menggantung semua aktiviti bersama Sharapova, kini merancang untuk membincangkan projek masa depan dengan juara lima kali Grand Slam itu.

Hari paling menggembirakan - reaksi Sharapova kepada CAS
Jaguh Russia itu pada asalnya digantung sehingga Januari 2018, selepas diuji positif bagi bahan terlarang, meldonium, dalam Terbuka Australia tahun ini.