Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) merasa kecewa apabila seorang pelumba basikal negara dilaporkan terbabit dengan penggunaan bahan terlarang semasa menyertai perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas.
"Kes penggunaan bahan terlarang yang membabitkan pelumba Malaysia ini amat dikesali. Semua atlet wajar memberi perhatian sepenuhnya mengenai aspek larangan terhadap pengambilan dadah terlarang untuk tujuan sukan," kata Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad kepada Bernama di sini Rabu.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan bahawa pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Fallanie Ali positif menggunakan bahan terlarang.
Menurut laporan yang diterima Amarjit daripada pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mendapati sampel 'A' air kencing pelumba berkenaan mencatatkan bacaan tidak normal untuk methandienone metabolit, yang merupakan steroid anabolik.
"Jawatankuasa Anti-Doping dan Jawatankuasa Disiplin PKBM akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memanggil beliau (Ahmad Fallanie) bagi mendapatkan penjelasannya selain memaklumkan secara rasmi hukuman yang dikenakan ke atasnya," kata Naim.
"Ia sesuatu yang mendukacitakan kerana masih ada atlet yang memandang remeh isu penggunaan ubat atau bahan terlarang ketika menyertai mana-mana kejohanan," tambahnya.
Naim, yang juga Ketua Pegawai Operasi perlumbaan Jelajah Malaysia 2013, juga kecewa kerana insiden itu yang pertama kali berlaku dalam sejarah penganjuran perlumbaan itu dan mencalar kelancaran penganjurannya.
"Kita selalu dengar isu doping ini berlaku dalam kalangan pelumba-pelumba basikal di Eropah dan Amerika Syarikat sahaja. Oleh sebab itu, kita mahu Malaysia menjadi bersih daripada isu doping.
"Untuk perlumbaan Jelajah Malaysia, walaupun tidak disyaratkan untuk mengadakan ujian doping, sebagai penganjur kita buat juga ujian doping secara rawak dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN). Namun masih ada pelumba kita yang masih tidak peka dengan kesalahan menggunakan bahan terlarang semasa pertandingan," katanya.
Bagaimanapun, Naim berkata PKBM tidak akan memandang remeh isu tersebut dan pesalah akan diambil tindakan yang sewajarnya dan mungkin akan menerima hukuman yang berat.
Naim berkata jika didapati bersalah, Ahmad Fallanie akan digantung penyertaan dalam mana-mana perlumbaan berbasikal yang diiktiraf UCI dan PKBM, di dalam dan luar negara.
Untuk rekod, sebelum ini dua pelumba negara iaitu Razif Salleh dan Fauzan Ahmad Lutfi telah digantung penyertaan selama dua tahun akibat penggunaan bahan terlarang masing-masing pada 2007 dan 2009.
Bernama
Wed Aug 14 2013


Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Ujian urin boleh kesan individu hisap vape ada bahan terlarang
Saifuddin Nasution berkata pengesanan di peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Hannah gesa persatuan, kelab bina badan perkasa pendidikan anti-doping
Gesaan itu untuk menggelakkan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan komuniti sukan berkenaan khususnya di peringkat amatur.

Malek Noor cadang ujian doping dilakukan semasa sesi latihan
Bekas jagun bina badan negara Datuk Abdul Malek Mohamed Noor mencadangkan supaya ujian doping ke atas atlet tidak hanya dilakukan pada hari pertandingan, sebaliknya turut dibuat semasa sesi latihan.

Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.

Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400kg
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan ia rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding tahun pra-pandemik 2019.

Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.

‘Saya terkejut bila mula dapat tahu sangkut doping’ - Kumar
Kumar positif bahan terlarang jenis sibutramine ketika menggalas cabaran The Speedy Tigers pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.

Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah AADK.

Jangan guna bahan terlarang untuk berjaya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan mahu semua atlet terutama daripada sukan angkat berat, agar tidak menggunakan jalan singkat dengan penggunaan bahan terlarang untuk meraih kejayaan.