KONFLIK di antara Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berterusan dengan yang terbaru, Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Ibrahim Mohd Yusof, meminta badan induk Asia itu untuk mengemukakan dokumen berkaitan salah urus tadbir dalam PSM.
PJS turut memberikan penjelasan mengenai ura-ura berkenaan penubuhan sebuah entiti baru bagi menggantikan PSM menguruskan hal ehwal sepak takraw negara, di mana ia tidak semudah yang disangka untuk membubarkan sebuah persatuan sukan atau dua badan berlainan menguruskan satu jenis sukan.
Kelmarin, ASTAF mengambil tindakan menggantung PSM selama 14 hari kerana mendakwa presiden badan induk negara itu, Datuk Seri Ahmad Ismail (Tok Mat), telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan reputasi ASTAF.
Salah satu pertuduhan ke atas Tok Mat adalah melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari lalu kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarbangsa (IOC) bagi tujuan mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres ASTAF pada 1 Mac lalu.
Sebaik selesai pemilihan itu, Tok Mat mendakwa terdapat penipuan ketika kongres berlangsung sejurus dia di samping beberapa calon PSM lain tewas dalam perebutan jawatan masing-masing selain tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
BACA: ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
BACA: Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
BACA: Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Dalam satu temu bual Nadi Arena, PJS berkata: "Memang terdapat cadangan untuk menubuhkan PSM yang baru tetapi pada pandangan saya, ia tiada keperluan buat masa ini memandangkan PSM masih lagi badan induk yang sah.
"Jika hendak ditubuhkan satu persatuan baru, PSM itu sendiri perlu dibubarkan terlebih dahulu.
"Dan untuk membubarkannya, ahli jawatankuasa persatuan itu sendiri perlu mendapatkan persetujuan daripada kesemua ahli gabungan sedia ada.
"Itu adalah langkah pertama sebelum boleh mewujudkan persatuan baru.
"Buat masa ini, pihak PJS tidak menggalakkan untuk menubuhkan persatuan baru kerana sebaiknya, hanya ada satu persatuan untuk mengawal selia satu jenis sukan," katanya.
Astro Arena
Sat May 01 2021
IBRAHIM: Memang terdapat cadangan untuk menubuhkan PSM yang baru tetapi pada pandangan saya, ia tiada keperluan buat masa ini memandangkan PSM masih lagi badan induk yang sah. - Astro ARENA
Angka korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Peningkatan jumlah korban ini berlaku selepas 48 rakyat Palestin lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir akibat serangan udara Israel.
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.
Anjur sukan permotoran perlu dapat kebenaran PJS, MAM - KBS
Semua penganjur sukan permotoran digesa mengutamakan aspek keselamatan dengan mendapatkan kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan dan Persatuan Permotoran Malaysia, sebelum menganjurkan sesuatu acara.
PJS keluar notis cadangan pembatalan PSM
Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengeluarkan notis cadangan pembatalan badan sukan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada 15 Sept lepas.
Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.
Lima bintang untuk BAM - PJS
Penarafan itu diberikan dalam satu surat ditandatangani Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof bertarikh 22 Feb lepas.
Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.
Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS
Ibrahim tegaskan PSM masih badan yang sah untuk mengurus tadbir perihal sepak takraw kebangsaan biarpun badan induk kebangsaan tersebut digugurkan selaku ahli gabungan ASTAF.
PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM
PJS turut memberikan penjelasan mengenai ura-ura berkenaan penubuhan sebuah entiti baru bagi menggantikan PSM menguruskan hal ehwal sepak takraw negara.
PPS tidak terlibat pemilihan persatuan sukan
Beliau berkata individu yang tidak berpuas hati selepas pemilihan pucuk pimpinan persatuan, boleh membuat aduan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan masing-masing.
Tindakan saya demi kepentingan KLFA - Ramlan
Menerusi surat bertarikh 22 Februari 2019, persatuan itu dituntut melaksanakan kongres yang tertangguh sejak November tahun lalu itu sebelum atau pada 31 Mei 2019.