Juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2015, pasukan Terengganu Hockey Team (THT) menutup tirai musim ini dengan bergaya selepas muncul juara Piala TNB, malam ini.
Pada aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, THT kendalian Sarjit Singh meraih kemenangan 5-4 ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa.
Kejayaan itu membolehkan THT membawa pulang wang tunai RM70,000 dan Piala TNB yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman manakala KLHC meraih RM50,000 selaku naib juara.
Sementara itu pemain adik-beradik THT, Mohd Fitri dan Faizal Saari masing-masing dipilih pemain terbaik kejohanan dan penjaring gol terbanyak dengan 18 gol, selain itu THT turut memenangi Anugerah Fairplay.
"Untuk memepertahankan kejuaraan sememangnya sukar tetapi kami berjaya melakukannya. Kedua-dua paasukan sebenarnya bermain dengan bagus tetapi nasib menyebelahi kami. Pemain bekerja keras untuk cipta kemenangan pada masa sebenar tetapi pemain KLHC berjaya bertahan," kata Sarjit Singh.
Aksi akhir berlangsung agak sengit dalam suku pertama apabila rembatan ketua pasukan KLHC Muhammad Razie Abd Rahim ketika mendapat peluang pukulan sudut penalti terkena palang pada awal permainan.
Kegembiraan THT meraih gol awal tercalar selepas jaringan gol padang pemain utama mereka, Faizal Saari pada minit ketiga tidak bertahan lama selepas dinafikan oleh pengadil dengan rujukan video yang menunjukkan bola terkena kaki beliau sebelum merembat gol.
Selepas rehat, Faizal menebus kekecewaan itu dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-36, namun dua minit berselang, Muhammad Razie menyamakan kedudukan juga melalui pukulan sudut penalti.
Perlawanan yang berakhir terikat 1-1 menyaksikan pemenang ditentukan dengan penalti.
Terdahulu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Sapura menewaskan Maybank 6-0 dan kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang habuan berjumlah RM40,000, sementara Maybank menerima RM30,000.
"Pada mulanya memang agak sukar kerana kita tewas di saingan separuh akhir sebelum ini (dengan agregat 1-8 kepada KLHC). Kami ada sedikit kelebihan kerana ada kalangan pemain Maybank yang cedera jadi mereka ada kekurangan sikit. Kemenangan 6-0 memang satu yang mengejutkan," kata jurulatih Sapura, Tai Beng Hai.
Gol-gol Sapura diperolehi menerusi Abdul Haseem Khan (min 24 dan 50), Dangerouslee Mathew (39'), Muhammad Marhan Jalil (45'), Faridzul Afiq Mohamad (47' dan 54).
Bernama
Sun Sep 20 2015
Kejayaan itu membolehkan THT membawa pulang wang tunai RM70,000 dan Piala TNB. - Foto Bernama
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.
Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.
ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Malaysia Tigers juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
SOJC: Tewas kepada Jepun, Young Tigers tamatkan saingan di tempat terakhir
Kejohanan yang berlangsung sejak 19 Okt itu menyaksikan Young Tigers gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam semua perlawanan.