KUALA LUMPUR: Sekurangnya-kurangnya lima pemain perseorangan lelaki perlu dibawa untuk menyertai kejohanan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, yang dijadual berlangsung pada 8-15 Mei ini.
Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang memberikan pengecualian kepada semua pasukan untuk mempunyai 12 pemain bagi Piala Thomas dan Uber berbanding 10 sebelum ini susulan COVID-19, memberikan lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan untuk menyenaraikan pemain yang benar-benar layak beraksi dalam kejohanan berprestij itu.
"Sampai hari ini masih pilih siapa akan main, kita perlu tunggu keputusan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann dan Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky.
"Katanya 12 orang boleh disenaraikan...ini bermakna sekurang-kurangnya perseorangan lelaki ada lima, kalau kelmarin ada empat...dengan lima pemain akan ada lebih banyak pilihan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di sini.
Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan barisan pemain yang membantu negara menjulang kejuaraan sulung Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lepas, Hendrawan berharap hanya pemain terbaik disenaraikan walaupun ada dalam kalangan mereka sudah tersenarai ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, dari 12-23 Mei ini.
Hendrawan berkata hanya Choong Hann sahaja yang boleh mengulas mengenai langkah menukar pemain perseorangan yang tersenarai ke Sukan SEA pada saat akhir untuk beraksi di Piala Thomas.
"Dari pengalaman lalu boleh tukar dengan pemain ranking lebih rendah (untuk Sukan SEA) namun sehingga kini masih belum ada lagi keputusan muktamad," katanya.
Terdapat seorang pemain iaitu Lim Chong King yang tersenarai dalam skuad BATC akan mewakili negara pada temasya Sukan SEA Hanoi.
Sementara itu, Rexy pula mahu membawa enam pemain untuk skuad beregu negara pada Piala Thomas 2022.
"Untuk beregu lelaki kita mahu bawa enam pemain, terserah kepada kem perseorangan untuk bawa enam, biar mereka membuat keputusan," katanya.
Malaysia diundi bersama juara 2014 yang juga pilihan kedua, Jepun, bersama England dan New Zealand dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022
Malaysia diundi bersama juara 2014 yang juga pilihan kedua, Jepun, bersama England dan New Zealand dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2022.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.