Indonesia mara ke pusingan akhir Piala Thomas 2016 di Kunshan, China selepas menewaskan Korea Selatan, dengan mata kemenangan disumbangkan pasangan beregu Angga Pratama - Ricky Karanda Suwardi, mengalahkan Kim Gi Jung - Kim Sa Rang 21-15, 21-18.

Terdahulu, Indonesia ketinggalan satu mata pada perlawanan pertama apabila pemain perseorangannya, Jonatan Christie tewas kepada Son Wan, 21-10, 21-16.

Indonesia kemudiannya bangkit dengan menyamakan kedudukan pada perlawanan kedua menerusi beregu Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan, mengalahkan Lee Yong Dae - Yoo Yeon Seong, 21-15, 21-12.

Momentum kebangkitan itu diteruskan dengan kemenangan seterusnya buat Indonesia melalui pemain perseorangan, Antony Ginting yang menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun dengan 21-16, 21-18.