Tirai saingan bola sepak Malaysia musim 2013 akan dibuka malam ini.

Ia susulan pertemuan Piala Sultan Ahmad Shah antara juara treble Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam.

Secara tradisi, Piala tersebut menjari rebutan antara juara Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu.

Dengan Kelantan memenangi kedua-dua gelaran itu, finalis Piala Malaysia ATM menjadi lawan mereka kali ini.

Meskipun kehilangan beberapa tonggak yang berhijrah ke pasukan lain, ATM tidak seharusnya dipandang mudah skuad The Red Warriors.

Apatah lagi skuad tentera yang diberi jolokan The Gladiators pastinya ingin menebus kekalahan pada final Piala Malaysia tahun lepas.

Manakala, Kelantan bakal menggunakan pertemuan ini bagi menguji beberapa muka baru yang menyertai pasukan itu.

Apa yang diharapkan, kemeriahan saingan tahun ini akan lebih menarik berbanding tahun sebelumnya.