IPOH: Walaupun tersingkir di peringkat separuh akhir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan skuad muda badminton negara telah mempamerkan ‘golden performance’ pada Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.
Menteri Belia dan Sukan itu berharap, pemain dapat meningkatkan prestasi, seterusnya mara ke perlawanan akhir Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung 9 hingga 17 Okt di Aarhus, Denmark.
Beliau gembira skuad negara berjaya melangkah ke separuh akhir walaupun sebelum ini kementeriannya (KBS) menyasarkan sekurang-kurangnya layak ke suku akhir Piala Thomas dan Uber.
“Mereka walaupun tersingkir namun telah melakukan satu persembahan yang saya anggap sebagai golden performance. Saya kagum melihat kesungguhan mereka.
“Kadang-kadang kita gagal, tetapi kita akan bangkit semula dalam Piala Thomas dan Piala Uber nanti. Saya harap, apabila sasaran sebelum ini ke suku akhir, dan berjaya ke separuh akhir, kita akan sampai ke final.
“Namun, apa yang kita harapkan daripada para pemain kita ialah, tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, main bersungguh-sungguh dan apa juga keputusan, kita terima.
"Kesungguhan itu yang kita dambakan daripada para pemain kita,” katanya ketika ditemui selepas melawat sebuah keluarga yang memerlukan rumah di Manjoi, dekat sini, hari ini.
BACA: Piala Sudirman: Aksi memberangsangkan Malaysia berakhir di tangan Jepun
BACA: Piala Sudirman: Pasukan muda negara bagai dirasuk Harimau Malaya - Chong Wei
Mengenai insentif atas persembahan cemerlang skuad muda itu, Ahmad Faizal berkata, semua atlet berprestasi tinggi di Malaysia dijaga dengan baik dan sekiranya mereka mencatatkan kejayaan besar dan bersejarah, KBS akan memberi insentif yang sewajarnya.
Dalam pada itu, beliau membidas netizen yang mengeluarkan komen berunsur perkauman terhadap salah seorang pemain badminton negara, selepas skuad muda negara terkandas di peringkat separuh akhir.
Menurutnya, komen seumpama itu tidak wajar sama sekali dilemparkan kepada mana-mana pemain negara, walau apa kaum dan agama, yang bersama berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
BACA: Piala Sudirman: 'Ada juga yang bangang' - Faizal Azumu kecam komen berunsur perkauman
BACA: Badminton Piala Sudirman: Malaysia mara ke saingan separuh akhir
Beliau mengulas komen netizen di dalam media sosial yang bersifat perkauman terhadap pemain perseorang wanita negara yang tewas kepada lawannya dari Jepun.
Pada Sabtu malam, skuad muda badminton negara terkandas di peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas tumpas 1-3 di tangan Jepun.
Terdahulu, mereka menewaskan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada peringkat suku akhir.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 03 2021

AHMAD FAIZAL: Apa yang kita harapkan daripada pemain kita ialah, tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, main bersungguh-sungguh dan apa juga keputusan, kita terima. - Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya
Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya penyertaan lebih ramai pemain warisan tidak akan menutup impian pemain muda untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa depan.

Piala AMEC: Pengendali Indonesia diingatkan tak merungut pasal jadual
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, ditegur agar tidak menjadikan penjadualan Piala AMEC sebagai satu beban.

SUKMA: Pelajar Tingkatan Empat antara pemain barisi ragbi wanita Sabah
Meskipun dibarisi pemain muda, pihaknya percaya pasukan ini mampu mencapai sasaran untuk naik ke atas podium bagi acara di Miri itu.

Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.

Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia
Zii Jia 'tersungkur awal' selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini hari ini.

Pan Gon gembira dapat skuad idaman
Skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman.

Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda
Berapa ramai lagikah pemain berstatus bintang dari Eropah yang bakal dikebas oleh Liga Profesional Arab Saudi selepas ini?

Ainaa, Aira rebut gelaran sulung kebangsaan
Selepas ketinggalan dua set, Aina, 21, mencipta kejutan apabila bangkit untuk menyingkirkan pilihan pertama Rachel Arnold.

Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India
Skuad negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final.

Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.