KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja wanita kebangsaan nyata bukan tandingan pasukan India apabila tewas 1-2 pada aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 di Kakamigahara, Jepun, hari ini.
Biarpun skuad Young Tigress terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke enam menerusi gol padang oleh tonggak 'striker' Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri, namun kegembiraan skuad kendalian Lailin Abu Hassan tidak bertahan lama apabila pemain India Mumtaz Khan menyamakan kedudukan dengan menghasilkan jaringan sudut penalti empat minit kemudian.
Jaringan berkenaan menjadi tonik tambahan buat India yang terus menggandakan kedudukan hasil penyudah Deepika menerusi pukulan penalti pada minit ke-26.
Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memberi pasukan lawan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas Kumpulan A selepas dua kemenangan.
Malaysia pula setakat ini berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas semalam membenam Taiwan 7-0 pada perlawanan pertama dan dijadual bertemu Uzbekistan pada 11 pagi waktu Malaysia, esok.
Bernama
Mon Jun 05 2023

Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India. - Gambar/ MHC

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Young Tigress' bermula garang, belasah Taiwan 7-0
Skuad hoki remaja wanita kebangsaan memulakan kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 dengan membelasah Taiwan, 7-0, dalam saingan Kumpulan A di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Cabaran Young Tigress terhenti, tewas 0-4 di tangan India
Cabaran skuad wanita muda negara di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan, berakhir selepas tumpas 0-4 di tangan India, hari ini.