KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) menempah tiket ke separuh akhir meskipun diikat Selangor FC 1-1 pada aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Penyu mara Dengan agregat 3-1 selepas menundukkan juara 33 kali piala berprestij itu 2-0 pada aksi pertama di Kuala Terengganu, 16 Sept lalu.
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Pada babak pertama, Selangor yang diberi julukan Gergasi Merah dilihat bermula garang dalam misi memburu gol namun TFC terlebih dahulu mengukuhkan kelebihan jaringan apabila Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23.
TFC memperoleh sepakan penalti selepas Safuwan Baharudin menjatuhkan Nor Hakim Hassan.
Babak kedua menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang tidak putus asa melancarkan serangan untuk menyamakan kedudukan, berhasil dengan penyudah Safuwan yang menanduk masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran penjuru Faisal Halim pada minit ke-69.
Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan namun masing-masing gagal menjarakkan kedudukan dan keputusan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat.
Sementara itu, perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang, menyaksikan KL City FC mengikat Sri Pahang FC 1-1 untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 2-1
Beraksi di atas padang becak, tuan rumah terlebih dahulu agresif memberikan tekanan namun skuad pelawat terlebih dahulu meledak jaringan pada minit ke-29 menerusi Romel Oswaldo Morales dengan tandukan.
Pada babak kedua, skuad Tok Gajah yang berusaha untuk merapatkan jurang jaringan, berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan melalui sepakan penalti Lucas Da Silva.
Pada aksi suku akhir pertama, 17 Sept lalu, skuad The City Boys itu menang 1-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
KL City meledak jaringan pada minit ke-29 menerusi Romel Oswaldo Morales dengan tandukan. - Foto Facebook KL City FC
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.