JOHOR BAHRU: Kira-kira 109 bas yang dianggarkan membawa lebih 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari negeri ini berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata, dianggarkan 600 penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin di sini, berlepas 8 pagi tadi.
"Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) terdapat bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.
"Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti dan untuk final kali ini kami yakin JDT akan menang 3-0," katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, hari ini.
Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan sekali lagi membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.
Kamariah A. Kadir, 48, yang tiba seawal 5.45 pagi berkata, dia menjangkakan skuad Harimau Selatan mampu menang sekurang-kurangnya 2-1.
"Saya sentiasa bersemangat dan saban tahun saya dan rakan-rakan akan bersama-sama ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan JDT," katanya.
Seorang lagi penyokong JDT, Mohd Nordin Md Don, 42, berharap kemenangan akan berpihak kepada skuad bimbingan Esteban Solari itu memandangkan rekod baik pasukan sepanjang musim ini.
"Semuanya demi JDT .. kali ini saya lagi bersemangat kerana saya bawa dua anak lelaki berusia lapan dan lima tahun untuk bersama-sama merasai pengalaman dan sekali gus meraikan kemenangan pasukan bola terhebat di negara ini," katanya yang merupakan seorang pekerja swasta.
JDT, juara tiga kali Piala Malaysia dalam misi mempertahankan kejuaraan sekali gus menambah koleksi piala selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC memburu kemenangan kedua Piala Malaysia selepas melakukannya pada 2001. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Antara penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bersorak sebelum menaiki bas di Stadium Larkin di sini bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Gambar BERNAMA

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.

Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.

Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.

JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.

Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.

Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.

Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.