KUALA LUMPUR: Pertembungan antara Melaka United FC dan juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi antara aksi tumpuan pada saingan suku akhir Piala FA musim ini.
Berdasarkan format undian, perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Hang Jebat di Melaka sekali gus memberikan kelebihan beraksi di laman sendiri kepada skuad Sang Kancil yang berjaya mengikat JDT 1-1 pada aksi Liga Super di venue sama, Sabtu lalu,
Sri Pahang FC, juara Piala FA sebanyak tiga kali pada 2006, 2014 dan 2018, akan menjadi tuan rumah apabila berdepan Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, manakala Sabah FC akan bertemu pemenang perlawanan pusingan kedua antara Selangor FC dan juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur (KL) City FC, di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Perlawanan suku akhir lain pula menyaksikan wakil tunggal Liga Premier, Kuching City FC, yang bakal menjadi pasukan pelawat, menanti pemenang satu lagi aksi pusingan kedua antara juara dua kali Terengganu FC (TFC) dan juara 2019, Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Pengendali Melaka United, Mohd Asri Ninggal menjangkakan pasukannya akan menempuh cabaran getir dan penuh berliku berdepan skuad Harimau Selatan, namun berharap barisan anak buahnya dapat meraih kejayaan dengan sokongan padu penyokong sendiri.
"Apabila sudah masuk di peringkat suku akhir, tidak boleh lagi memilih pasukan dan apabila diundi bertemu JDT, kami akan cuba beri yang termampu.
"Pemain kena beri tumpuan tidak berbelah bahagi daripada minit pertama hingga minit terakhir berdasarkan perlawanan yang dilalui tempoh hari," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sementara itu, ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti bersedia untuk bertemu sama ada TFC atau KDA dan menyifatkan kualiti kedua-dua pasukan berkenaan adalah setara manakala pasukan kendaliannya adalah 'underdog' (bukan pilihan).
"TFC semakin menemui rentak manakala Kedah yang mempunyai ramai pemain import baharu juga semakin garang jika dilihat persembahan mereka di Piala AFC. Saya harap pemain berikan segala-galanya sambil berharap tuah boleh berpihak kepada kita di peringkat kalah mati ini," katanya.
Keempat-empat aksi suku akhir dijadual berlangsung pada 23 Julai ini dan tiada format timbal balik bermula daripada peringkat tersebut.
Sebagai rekod, saingan Piala FA kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan edisi 2020 terpaksa dibatalkan sebelum tidak dianjurkan pada musim 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Saingan Piala FA kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan edisi 2020 terpaksa dibatalkan sebelum tidak dianjurkan pada musim 2021. - Facebook Malaysian Football League
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Kerangka pelan tindakan perlu diwujud selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain - Adam Adli
Satu kerangka pelan tindakan perlu diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelab bola sepak di Malaysia terutama melibatkan tunggakan gaji pemain.

MAFA harap tuah jenama Melaka FC
Melaka United FC bercadang menjenamakan kepada Harimau Melaka FC sebelum akhirnya memutuskan nama baharu sebagai Melaka FC.

Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan
Semua pihak perlu bersama-sama membantu memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.

Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super
Susulan kemenangan itu, peluang skuad Penyu untuk bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super kembali cerah.

JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Piala FA: Pertembungan Melaka United, JDT jadi tumpuan
Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Hang Jebat, memberi kelebihan beraksi di laman sendiri kepada skuad Sang Kancil.

Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric
Dengan penamatan itu, Mohd Asri akan mengambil alih peranan selaku ketua jurulatih interim, dibantu Nazrulerwan Makmor.

Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi
Anak buahnya telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka kelihatan tertekan dengan situasi yang menimpa skuad itu.

Piala Malaysia: Zainal Abidin tekad bawa pasukan mara ke akhir
Kejayaan menempah tiket ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas tempoh 38 tahun itu disifatkannya amat bermakna.

KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia
The City Boys mencatat kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama.