KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah apabila mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1992 selepas menewaskan Selangor FC 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad The City Boys mencatatkan kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 2-0, Ahad lepas.
Pemain import dari Colombia Romel Morales meledak gol tunggal perlawanan yang juga jaringannya yang ke-10 dalam kempen Piala Malaysia pada minit ke-51, selepas tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti Selangor, dengan mudah menampan bola ke gawang menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Menanti KL City FC di separuh akhir adalah Melaka United FC yang mengesahkan kemaraan dengan keputusan agregat 3-1 mengatasi Sabah FC selepas melakar kemenangan 2-1 pada aksi di Stadium Hang Jebat.
Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan turut mencatat sejarah tersendiri apabila kejayaan itu menyaksikan skuad Sang Kancil buat julung kali mara ke peringkat empat pasukan terbaik kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu.
Skuad tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan jarak jauh penyerang import dari Brazil Adriano Narcizo, namun terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua untuk selesa mendahului 2-0 hasil jaringan bintang pasukan Sony Norde pada minit ke-78.
Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee mendapat gol sagu hati pada masa kecederaan babak kedua perlawanan menerusi sepakan penalti disempurnakan kapten pasukan Riso Mitrevski selepas Che Rashid Che Halim menjatuhkan Jenius Karib dalam kawasan berbahaya.
Pencapaian terbaik pasukan Melaka United FC dalam kempen Piala Malaysia adalah mara ke suku akhir pada 2017 dan 2019.
Sementara itu, jaringan pada minit ke-40 bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi membawa skuad Harimau Selatan ke aksi separuh akhir dengan keputusan agregat 1-0 menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu membolehkan JDT meneruskan misi mempertahankan mahkota kejuaraan dimenangi pada edisi 2019 sekali gus menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas turut memenangi Piala Sumbangsih dan mengungguli saingan Liga Super.
Di separuh akhir, JDT akan membuat perhitungan menentang finalis edisi 2018 Terengganu FC (TFC) yang merakam kemenangan 4-2 ke atas naib juara Liga Premier 2021 Sarawak United sekali gus mara dengan keputusan agregat 6-3.
Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam itu, TFC cemerlang mendahului 3-0 di separuh masa pertama menerusi jaringan Jordan Mintah seawal minit kedua diikuti Muhammad Faisal Abdul Halim (minit ke-12) dan Muhammad Faiz Mohd Nasir sebelum kedua-dua pasukan berehat.
Bersambung babak kedua, Mintah mencetak gol peribadi keduanya malam tadi pada minit ke-64, namun hasrat TFC meraih kemenangan bersih tidak kesampaian apabila Sarawak United berjaya meledak dua gol masing-masing menerusi Sandro da Silva pada minit ke-70 dan Uche Agba pada minit ke-89.
Aksi separuh akhir pertama dan kedua masing-masing berlangsung pada 22 dan 26 Nov.
KL City FC terlebih dahulu akan melayani kunjungan Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sementara JDT bertandang ke Terengganu berdepan cabaran TFC untuk aksi pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Antara aksi menarik semasa perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. - Facebook Malaysian Football League
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.