MELAKA: Melaka United FC akan mengambil iktibar terhadap pembatalan slot beraksi dalam Piala Malaysia 2022 bagi memastikan pasukan berkenaan dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Melaka United FC, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan kelab masih berusaha untuk menyelesaikan semua masalah dihadapi dan percaya krisis yang berlaku ketika ini dapat diselesaikan jika semua pihak bersama-sama membantu memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.
"Proses penstrukturan saham dan mendapatkan dana daripada pihak berkepentingan yang masih belum selesai ini juga menyebabkan pihak pengurusan kelab membuat keputusan supaya perkara ini dapat diselesaikan terlebih dahulu dan keutamaan diberikan untuk Melaka United FC kekal berada di Liga-M tahun hadapan.
"Kelab memohon maaf kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlepas untuk beraksi dalam saingan berprestij bola sepak negara iaitu Piala Malaysia musim ini serta penyokong dan peminat yang menjadi tulang belakang pasukan selama ini," menurut kenyataan itu.
Terdahulu semalam, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), dalam kenyataan, memaklumkan Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan itu berikutan kelab berkenaan gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji seperti tarikh yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

Semalam, Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai. - Foto Astro AWANI
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Kerangka pelan tindakan perlu diwujud selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain - Adam Adli
Satu kerangka pelan tindakan perlu diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelab bola sepak di Malaysia terutama melibatkan tunggakan gaji pemain.

MAFA harap tuah jenama Melaka FC
Melaka United FC bercadang menjenamakan kepada Harimau Melaka FC sebelum akhirnya memutuskan nama baharu sebagai Melaka FC.

Melaka United ambil iktibar, pastikan pasukan terus beraksi musim depan
Semua pihak perlu bersama-sama membantu memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.

Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super
Susulan kemenangan itu, peluang skuad Penyu untuk bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super kembali cerah.

JDT terus unggul di persada liga, benam Melaka United FC 4-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Piala FA: Pertembungan Melaka United, JDT jadi tumpuan
Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Hang Jebat, memberi kelebihan beraksi di laman sendiri kepada skuad Sang Kancil.

Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric
Dengan penamatan itu, Mohd Asri akan mengambil alih peranan selaku ketua jurulatih interim, dibantu Nazrulerwan Makmor.

Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi
Anak buahnya telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka kelihatan tertekan dengan situasi yang menimpa skuad itu.

Piala Malaysia: Zainal Abidin tekad bawa pasukan mara ke akhir
Kejayaan menempah tiket ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas tempoh 38 tahun itu disifatkannya amat bermakna.

KL City FC, Melaka United FC lakar sejarah ke separuh akhir Piala Malaysia
The City Boys mencatat kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama.