MELAKA: Satu kerangka pelan tindakan perlu diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelab bola sepak di Malaysia terutama melibatkan tunggakan gaji pemain.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata ia penting sebagai usaha mengenal pasti punca berlakunya permasalahan tersebut yang sering melanda pengurusan kelab dan penajaan bola sepak di negara ini.
"Ini mungkin kaedah mencari penyelesaian lebih tepat dan ruang semua pihak yang berdepan masalah kewangan khususnya, berbincang untuk selesaikan hutang gaji mereka kepada pemain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Melaka Open Speed Skating Challenge 2022 di Stadium Tun Fatimah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu tunggakan gaji pemain yang melanda skuad Melaka United FC seperti dilaporkan media baru-baru ini.
Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah sedia maklum dengan permasalahan yang melanda pemain dan pengurusan Melaka United FC (MUFC), namun setakat ini belum ada perbincangan lebih teliti dengan pihak pengurusan kelab.
"Kami akan menilai perkara ini. Pun begitu, dalam masa yang sama kami cuba mendalami permasalahan yang dihadapi mereka termasuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pengurusan pasukan," katanya.
Adam Adli berkata bukan sahaja MUFC, malah beberapa lagi kelab bola sepak bergelut dengan dilema yang serupa dan KBS akan bekerjasama dalam mencari solusi yang betul dan tepat.
"Bagaimanapun KBS tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengarah atau menetapkan apa-apa ketentuan penyelesaian serta meletakkan garis masa untuk menyelesaikannya memandangkan pengurusan kelab adalah swasta atau di bawah kerajaan negeri.
"Perkara ini kena diteliti betul-betul tapi kami percaya akan ada jalan keluar terbaik bagi setiap pasukan termasuk Melaka United FC dan usaha memastikan isu tunggakan gaji tidak lagi berulang," katanya.
Beliau juga menolak faktor gaji yang tinggi menjadi punca pengurusan kelab terbeban kerana setiap tangga gaji pemain diberikan berdasarkan penilaian prestasi dan kemampuan kelab adalah berbeza.
Sebelum ini, media melaporkan pemain skuad Kancil berdepan kemelut tunggakan gaji dan perkara tersebut masih berlarutan sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022

Adam Adli (kiri) meluangkan masa beramah mesra bersama para peserta skating yang mengambil bahagian pada pertandingan Melaka Open Speed Skating Challenge 2022 di Stadium Tun Fatimah dekat Semabok, hari ini. - Foto BERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Nafuzi harap isu tunggakan gaji pemain KDA FC diselesaikan segera
Pemain Kedah Darul Aman harap isu tunggakan gaji diselesaikan segera bagi meningkatkan semangat menghadapi perlawanan seterusnya dalam Liga Super.

Pemilik kelab Marcerra United ditahan ingkar bayar gaji RM1.4 juta
Ia membabitkan bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United yang didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta.

Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA
Beliau bertekad untuk memperbaiki kedudukan kewangan skuad warga kota, bagi memastikan pasukan itu bebas daripada isu tunggakan gaji.

Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.

KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.

Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik
Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir berkata, kelab itu sudah kemukakan dokumen lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.

KL City terima dua bulan gaji minggu depan
Menteri Wilayah Persekutuan dan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan turut bantu selesaikan masalah pemain skuad warga kota.

Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi
Fahmi telah sampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung kelab KL City namun terdapat beberapa perkara asas masih belum diselesaikan.

Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG
Mbappe memberikan notis rasmi kepada PSG untuk kelab itu melunaskan tunggakan gaji bernilai 85 juta pound yang masih belum dibayar.