KOTA KINABALU: Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Meskipun berdepan cabaran getir dan tugas berat namun ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke separuh akhir apabila pemain fokus dan mengikut percaturan dirancang.
Beliau berkata perkara utama yang perlu dilakukan skuad Sang Badak itu adalah mengelak daripada dibolosi pada awal perlawanan itu dan menembusi benteng pertahanan Terengganu FC untuk mendapatkan gol awal bagi meningkatkan semangat juang pemain.
"Boleh dikatakan satu laluan yang cukup mencabar tetapi tidak mustahil. Apa yang penting kita tahu semua pemain ingin membuktikan apa yang berlaku di Terengganu sebelum ini adalah perkara yang amat sukar dan pahit diterima.
"Namun kita tetap terima dan saya pasti semua pemain mempunyai semangat kental untuk bermain lebih baik di Stadium Likas sekali gus kekal mencuba untuk memastikan kita dapat mempengaruhi keputusan untuk berpihak kepada Sabah FC," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jumaat lepas, Terengganu FC menewaskan Sabah FC 4-0 pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Going Badak, Kuala Terengganu.
Kim Swee berkata pemain utama termasuk penyerang Miguel Cifuentes dan pertahanan Gabriel Peres masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan namun beliau masih mempunyai masa untuk menilai pemain yang akan mengisi kesebelasan utama nanti.
Katanya, beliau idak banyak melakukan perubahan posisi pemain berbanding perlawanan sebelum ini namun pendekatan kali ini adalah berlainan.
"Namun sesiapa sahaja bakal diturunkan nanti perlu menunjukkan komitmen serta semangat juang yang tinggi apa lagi beraksi di hadapan penonton di Stadium Likas.
"Kita pastikan Sabah FC harus mendapatkan keputusan yang positif Sabtu ini sekali gus mengharapkan agar semua pemain dapat memberikan kerjasama baik dalam perlawanan ini nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
![Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Kim Swee berkata tidak mustahil untuk pasukan itu mara ke separuh akhir apabila pemain fokus dan mengikut percaturan dirancang. - Gambar Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738115934_KhairulFahmiCheMa.jpg)
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
![Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732673135_SabahFootballClub.jpg)
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
![Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732581462_PersisSolo.jpg)
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
![Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732447587_KimSwee.jpg)
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
![Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732419802_tbOngKimSwee.jpg)
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
![Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732414647_OngKimSwee.jpg)
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
![Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025 Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715225181_tbOngKimSwee.jpg)
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
![Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1 Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730668042_SabahFCLigaSuper.jpg)
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
![Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0 Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
![Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.