KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16 di Stadium Birsa Munda di Rourkela, India.
Penyerang kelahiran Sabah Shello Silverius, muncul wira Speedy Tigers apabila dua jaringannya hari ini berjaya membantu Malaysia, memperbaiki pencapaian tempat ke-15 diraih pada edisi 2018, juga di India.
Pasukan bimbingan A. Arul Selvaraj bermula garang, apabila mendahului juara bertahan Sukan Asia itu seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Shello.
Malaysia seharusnya menyalahkan diri sendiri pada suku kedua perlawanan, apabila membuat kesilapan menggunakan 12 berbanding 11 pemain, sehingga menyaksikan ketua pasukan Muhammad Marhan Mohd Jalil terpaksa dikorbankan, selepas menerima layangan kad kuning pada minit ke-19, sekali gus mengakibatkan mereka 'tempang' dengan 10 pemain buat seketika di atas padang.
Kesempatan itu digunakan pasukan kendalian Akira Takahashi, untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang oleh Kaito Tanaka pada minit ke-23 dan giliran negara matahari terbit pula mendahului sebaik suku ketiga bersambung, hasil jaringan padang Seren Tanaka pada minit ke-31.
Bagaimanapun, kelebihan dimiliki lawan hanya bertahan seminit apabila Shello menyumbat jaringan kedua peribadinya, kali ini menerusi gol padang untuk mengikat kedudukan 2-2 dan pemain muda berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi kembali meletakkan Malaysia di hadapan dengan jaringan padang pada minit ke-33.
Suku terakhir perlawanan menyaksikan skuad negara hampir melebarkan jaringan menerusi pukulan kilas Ramadan Rosli, namun berjaya ditampan Yoshikawa pada minit ke-53 dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia memulakan saingan Kumpulan C dengan langkah kiri apabila tumpas 0-4 ke atas juara tiga kali, Belanda, sebelum bangkit menumpaskan Chile, 3-2 dan mengejutkan New Zealand juga 3-2, untuk mengakhiri saingan di tempat kedua kumpulan.
Skuad kebangsaan kemudian gagal meneruskan rentak kecemerlangan, apabila impian mereka untuk mara ke suku akhir disekat Sepanyol, dengan tewas 3-4 menerusi penentuan penalti shootout 'sudden death' selepas mengikat pasukan Eropah itu, 2-2, pada masa sebenar perlawanan dalam aksi 'Crossover', Ahad lepas.
Speedy Tigers terus dilanda malang apabila tunduk 3-6 di tangan Afrika Selatan pada aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16, Khamis lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16 di Stadium Birsa Munda di Rourkela, India. - Foto FB Malaysian Hockey Confederation

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.